Assalamualaikum.
Setelah banyak kali mencuba resepi kek moist coklat dari internet, akhirnya aku buat kesimpulan yang sebenarnya untuk dapatkan kek coklat moist yang bagus dan memenuhi citarasa aku adalah warnanya mesti coklat kehitaman, kelembapan nya 70℅ dan of course mesti lembut dan cair di mulut. Akhirnya aku mengolah resepi dengan menggunakan coklat masakan (Dark Compound Bery'ls). Teksture kejadiannya sangat cantik dan rasa pun sedap.
Walaubagaimanapun, melalui pembacaan aku tentang coklat dan manfaat untuk kesihatan mengatakan bahawa coklat yang mempunyai lebih koko lebih baik untuk kesihatan. Aku sebenarnya ada sepeket koko powder (Bery'ls) yang memang aku guna sebelum ni untuk mencuba resepi kek coklat. So, of course untuk menggantikan coklat masakan itu boleh lah kiranya menggunakan koko powder ini, tetapi aku masakkan dulu koko powder tersebut bersama dengam secawan air dan secawan susu pekat. Hasilnya memang sangat cantik dan teksture pun lembap, sepertimana yang aku kehendaki selama ini. Memandangkan ini adalah hasil terbaik, so aku nak kongsikan resepi dan cara membuatnya. *Kredit - resepi asal dari internet tapi banyak tempat aku tengok sampai tak ingat kat mana. sorry..**
Bahan -Bahan A:-
1) 1 cup susu pekat
2) 1 cup air biasa
3) 1 cup koko powder
Panaskan air bersama susu pekat dengan api perlahan dalam saucepan. Masukkan koko powder dan gaul dengan whisk sehingga koko sebati dengan susu dan air. Biarkan seketika.
Bahan B:-
1) Telur 3 biji
2) 1 cup corn oil
3) 2 cup tepung gandum
4) 1 sudu besar baking powder
5) 1 sudu besar soda bikarbonat
6) 1 1/4 Gula Castor
7) 1 cup air panas
**Memandangkan aku just nak sikit sahaja, so aku buat separuh adunan. Jadi semua ukuran diatas dibahagi dua.
Caranya:-
Pukul telur sampai kembang guna whisk (kuantiti dia terlihat seperti berganda dan ada keluar buih), masukkan gula dan minyak dan gaul sehingga sebati dengan telur tadi.
Masukkan tepung,baking powder dan soda. Gaul sikit, kemudian masukkan Bahan A tadi (coklat yang dalam saucepan).Gaul sekejap sehingga nampak macam sebati sikit, of course campuran akan jadi likat. Masukkan secawan air panas. Gaul sehingga sebati dan hilang ketulan.
Masukkan dalam bekas yang sudah di gris dengan majerin/butter dan alas dengan kertas pembakar. Masuk dalam oven yang dah dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 180°. Bakar selama 50 minit dengan suhu yang sama(resepi asal) tapi aku bakar 45 minit sebab bekas kecil. Kejadiannya sangat cantik, gelap, sedap dan lembut.
Terima kasih kepada pembuat resepi asal, dan resepi-resepi moist coklat yang telah dikongsi oleh blogger di internet.
Tercapai juga hasrat nak dapatkan kek moist coklat yang menepati citarasa. I love chocolate !! -Sekarang tengah cuba hasilkan minuman hot chocolate sihat citarasa terbaik(without whipping cream and less sugar of course, nanti dah dapat i will share.)--
Bye for now.


No comments:
Post a Comment