Friday, March 27, 2015

Renew Passport dan buat passport untuk anak

Salam to my blog,

Hari ni very hectic aku ni. Dua hari lepas aku dah schedule untuk service kereta dengan toyota, so hari ni appointment jam 8 pagi, because aku kena ambil Darwisy di sekolah jam 12 tghri. Aku takut nanti terlambat so baik schedule seawal dia bukak kedai kan. But anyway, semalamnya abang message bagitahu dia dah bayarkan untuk buat iqama (ID untuk di saudi ) untuk aku dan anak anak sebanyak SAR 2000. Then dia kata kalau cepat dapat buat passport pun lagi bagus sebab nak masukkan no passport dalam application form. So aku masa tu baru plan nak buatkan bank account untuk Darwisy n Danish, dan dah sampai Serdang pun. But then aku terfikir kalau nak renew passport aku kena ada gambar, alang alang kat serdang, gi la kedai gambar favourite aku kedai YS. (Dari muda sampai ke tua aku gi kedai ni.ngeh ngeh..efficient maa dia). Lepas amik gambar aku gi CIMB UPM tanya document untuk bukak account anak. Dia kata mesti ada 250 sekali bukak account, bawak mykid n surat beranak. So aku pun okelah. Sudah pukul 4.30, jadinya aku pusing jugak la putrajaya ingat nak gi imigresen, tetapi memandangkan pemandangan aku disekitar putrajaya tu semuorang dah berpusu pusu balik, aku rasa baik aku gi esok je. So petang tu aku siap bawak anak gi serdang untuk amik gambar, prepare untuk esok. 

Pagi sebelum hantar Darwisy tadi aku dah tengok kat internet rupanya nak buat passport / renew  kena pergi Menara Ikhlas tingkat 3, bersebelahan dengan Bangunan Imigresen Putrajaya. Sebelum ni aku biasa buat di Presint 15 Diplomatik tu. Maybe lebih senang kot kat sini, pk aku la, tak tergambar lagi cemane. mmm...tapinya aku ada appointment servis kereta hari ni..let how aa..

mm..tau tak aku punya la memang menggunakan sepenuhnya masa yang ada. Pagi tadi lepas hantar Darwisy aku decide nak pergi Menara Ikhlas dulu, kalau boleh amik nombor pun jadikla pada aku sebab aku rasa kalau bab passport ni mesti ramai beratur panjang. Jam 7.30 pagi aku dah terpacak kat tepi Menara Ikhlas, mencari parking. Bayangkan lah..ada satu kawasan belakang menara tu, punya la besau kawasan nya, ada la beberapa ketul kete park kat situ..so aku nak masuk la parking tu..tapi carik punya carik entry dia takde kau..so, aku macam nak masuk la plak kat parking bawah menara tu, sekali ada guard tu tak bagi masuk dia soh park kat kawasan lapang tu. Aku tanyala mana entry dia? dia kata kena naik divider la baru boleh masuk, depan ni pun boleh..asalkan tergamak naik divideer, bolehla parking. Hai..tak pernah seumur hidup aku bawak kereta menaiki divider..(nada skema..), tapi nak cepat punya pasal (sebab appointment kete jam 8 nih.) , panjat pun panjat lah..dengan relanya aku memanjat divider tu untuk memarkingkan kereta aku kat situh..pehtu aku cepat cepat turun dan naik tingkat 3. Bayangkan mak buyung ni terkedek kedek lari naik lift. Mengah aku..sampai sampai je..aku dapat nombor yang ke 12. Aik...baik aku tunggu kejap..kaunter pun banyak..tak sampai 5 minit nombor aku di panggil. 

Haru nya kes..semalam kan dah amik gambar..tadi dia nak soh amik gambar kat depan kaunter tu..siap ade camera canggihh situ..kalau aku tau takde la aku membayar 13 hengget semalam. Free je lak tu.. gambo tu terus online kat komputer dia. Haru jugak lagi..aku pakai tudung warna oren. So dia soh tukau tudung, amik yang kat tepi kaunter ada dia siap letak tudung dan kot (in case) warna hitam. Jadik..terpaksalah aku berselubung kat depan kaunter tu menukar-nukar tudung..mujur bijak..tidak le aku membukak tudung kat tengah dunia tu..ada la caranya (wink..)..Dalam hati aku padanla masa masuk tadi aku tengok ramai perempuan pakai tudung hitam..aku ingat apesal..Putrajaya berkabung Lee Kuan Yew mati ke hape..hihihih..dah diam, tak payah gelak okey..(muka angry bird).

Tapinya aku tak boleh on behalf buatkan anak anak. Aku kena bawak orangnya. Jadi, lepas renew yang aku punya, tunggu payment kat kaunter 23 atau 24. Jam 8 pagi katanya baru bukak. Aku setel 7.50 a.m. So aku tunggu lagi...ketang ketung kaunter pun bukak 8.05, no dia panggil pun laju jek..jadi aku confirm boleh cepat. Lepas bayar, dia soh tunggu satu jam untuk amik passport yang dah siap. Aku terpaksa leave urusan tu untuk ke kedai kete kat balakong pulak sebab dah janji nak servis..jap gi setel kete lah aku gi balik amik. Pehtu aku berlarian lagi..sampai kedai kete dalam 8.40 pagi. Aku punya alasan jem laa..ape lagi..heh heh heh..

Kete abis servis jam 11.30, so aku berkejaran pegi Putrajaya ingat nak amik Darwisy sekolah presint 11, tapi sampai dalam jam 11.45 so masih ada masa untuk amik passport..aku terus belok ke Presint 2. Alang alang naik tu aku amik nombor sekali untuk buat passport Darwisy n Danish. tapi untuk Danish dia bagi separate nombor. cuma katanya kena bawak anak baru boleh dapat no danish tu. adeh..jam sudah pukul 12. So memang x sempat becoz diorang break jam 12.15 - 2.45 (Jumaat ya hari ni), so aku pun decide datang balik jam 2.45 ptg. Passport aku dah siap, n nombor untuk Darwisy pun ada dah..dalam 70 orang lagi.. turn jauh lagi..sempatla sangat. 

Amik Darwisy kemudian siap siap kan Danish untuk ikut abang dia ke solat Jumaat kat Mardi. Sampai kat masjid dah 1.40, tengah mula khutbah. So aku tunggu kejap, Danish siap makan ubat lagi..then jam 2.05, abang Darwisy siap solat. Aku pulak nak kena solat nih. Gi carik petronas isi minyak, solat sekalik n terus patah balik ke Putrajaya. Jam 3.05 sampai kat atas, kaunter nombor bagi nombor untuk Danish. Rupanya untuk budak satu tahun lebih ni dia dekat kaunter khas, dan dia cepat sikit..aku tak sempat carik tempat duduk pun..dah di panggil. Kaunter 10. Aku pulak gatal mulut tanya boleh tak buatkan untuk Darwisy sekali. Dia kata okey..So selamat lah aku tak payah tunggu turn untuk Darwisy pulak. Alhamdulillah.. Darwisy amik gambau kat situ jugak..haru jugak sebab semalam sudah bayar 13 hengget untuk gambar Darwisy kat YS..mmmm..cuma adiknya gambar je yang dia guna yang aku amik semalam (kat YS tu). mujur amik jugak sebenarnya hikhikhik..oh lupa nak bagitau..kat situ kena ukur tinggi untuk anak..so aku senang je ukur untuk Darwisy n Danish, kat tepi bilik mainan (jangan tak percaya, office ni ada bilik untuk childplay..bagus..).

Dah buat payment macam biasa kena tunggu satu jam untuk passport siap. Masa tu abang message kata dah siap buat Umrah, nak balik ke Riyadh semula. Aku okey je. tak bagitau pun aku kat mana. Malas aku nak serabutkan dia..nanti nanti la aku cerita. Darwisy seronok betul dapat passport..experience cop cap jari. Ye, budak 10 tahun kena cop jari. Bayar untuk anak anak RM200 je, sorang seratus. Alhamdulillah. Jimat jugak la aku rasa this year punya regulation kan RM200 untuk renew passport up to 5 years. So, total aku dan anak RM 400 jer. Oh ya, untuk anak-anak kena bawak surat beranak ORIGINAL n buat copy sekali, IC aku pun dia nak 2 copy, sebab 2 anak. Adik Danish tak payah cop jari, cukup dia hadir sahaja. Okey..

Panjang pulak entry aku ni. Sebenarnya tadi terpikir nak buat entry berganda hari ni..mmm tapi tengok lah nanti..aku pun sangat penat ni. Tidur pun bagus. Bye.

Tuesday, March 24, 2015

28th weeks Pregnancy n Aircond

Tadi i pergi check-up kat Klinik Kesihatan Dengkil. Baby dah 1.212 kg. Aku sebenarnya punya takut baby tak naik berat sebab before this baru 304g, lower than expected berat la kalau ikut weeks dia. Aku tak kira yang dr. bagitau, semua pun okey katanya tapi aku sendiri search kat internet macam tak berapa ok. Jadi sudah nya aku makan makan makan...then badan pun naik 4kg..baby punya berat pun dah stabil. Ngam ngam. .phew..due date confirm 16/6..tak tahu abang boleh balik ke idak. Hopefully boleh balik sebab bosan tak tahu nak buat cemane kalau tetiba kena gi spital. Ntah lah..

But anyway, aircond dah siap pasang semalam. Darwisy sangat suka..adik tido lena. Dah alhamdulillah. cuma sekarang ni rasa cam nak muntah, kepala pun sakit..nak tido jer rasa. Penat kot bawak baby dah 1kg. aku ni kekadang kalau berjalan tu tak hingat yang diri ni pregnant. Main jalaaaannnn jer..pehtu dah sakit sana sini.

Okey bai. nanti update lagi ya jija.

Sunday, March 22, 2015

Aircond Baru Sharp Plasmacluster Inverter type

Salam my blog,

Baru sekejap tadi i beli aircond. Aku dah survey review dalam internet sumer,dan dah buat keputusan. Tetapi brand dan jenama tu atas pilihan Allah sebab ketika melihat review aku dapat tau katanya yang terbaik rata-rata

1. Mitsubishi (  tetapi kontra nya adalah sparepart dia susah nak dapat dan mahal)
2. Daiken ( mahal sikit harga tapi bagus dari segi maintenance senang nak dapat)
3. Panasonic (walaupun ada beberapa komen yang kata cepat rosak dan maintenance mahal, tapi ada juga yang puas hati)
4. York & Acson (of course ni jenama yang terkenal tapi compressor dia bising, tak sesuai untuk dirumah, office boleh la..)

Yang aku pilih pulak tetiba jadi sharp plasma..cemane gayanya tuh..tak termasuk dalam senarai pun. Asal nya memang nak cari mitsu tapi banyak kedai dah habis stok, katanya supplier brand tak bagi order yang baru sebab nak tunggu GST next month (April). So aku ada one choice sahaja iaitu di kedai letrik kat Taman Equine. Cuma harganya 1650 siap pasang. Aku ingat nak survey harga lain tapi i have no choice. Aku ke kajang, kemdian ke balakong dan akhirnya balik ke pekan seri kembangan, sebab aku terfikir kat situ ada banyak kedai elektrik. Memang tepat lah jangkaan aku, Seri Kembangan kawasan lama, jadi banyak kedai kat situ dan diorang compete each other. Entah cemane aku tersinggah nak tengok satu kedai ni, depan dia ada kedai lagi besau, banyak ler barang, tapi entah kenapa aku pikir singgah kedai kecit ni dulu. 

Masuk dalam terus tokey kedai tanya mau cari apa..aku cakap terus nak ekon 1 hp. Dia tanya mau yang bagus terbaik ka mau yang biasa..? aku kata mestila yang terbaik..Dia tunjuk electrolux, pemasangan siap sumer RM980. Tapi aku cakap aku bukan nak yang tu, aku nak yang inverter punya jimat letrik. Oh..kalau begitu you amik Daiken la banyak bagus, itu terbaik sekali katanya. Aku tanya harga, RM1790 sekali installation. Aku diam jap..tanya Panasonic inverter okey tak..dia kata banyak orang komplen bising..mitsubishi? dia kata pun tak bagus..tapi dalam hati aku maybe dia tak de stok yang tu, tu yang kata tak bagus tu..experience sudah aku ni sebab merata kedai aku survey, tokey kedai akan promosi barang yang dia ada stok la...tapi tak salah dia jugak sebab dia pun nak sale, one thing dia nak order pun dah takleh, supplier dah stop deliver. Aku tanya yang Daiken tu inverter tak..dia kata inverter..tapi kalau you nak baik lagi, you angkat yang baru la, sharp plasmacluster inverter..harga pun sama , ada ion-plasma lagi RM 1790. Aku rasa sharp pun bagus juga sebab aku baca review semalam kata anaknya dari bersin pagi pagi, terus lega lepas guna yang ada airpurify ni. 

Aku beli aircond ni pun sebab anak, kalau aku aje pakai, aku x kesah sangat, pakai aircond harga biasa pun oke (nak jugaaaakkkk aircond hahahaa..) sape tahan weh cuaca sekarang ni panas melampau..aku tengok rumah orang lain takde bukak tingkap segedabak aku, rumah aku je yang macam kekampungan skek, sebab mengambil udara segar lebih lebih lagi kalau lepas hujan..memang lah aku bukak luas luas bagi angin masuk. Takde la berkuwap sangat. Cuma yang masalahnya bukak tingkap ialah kena menyorok la mana mana sebab dok rumah takkan ko nak pakai tudung kan..mmm..jadi, langsir tu tetap sentiasa kena bertutup dan sekarang ni pun aku dah insaf sikit, pintu pun dah bukak kecik je, yang penting udara berpusing dalam rumah tu. mm.. Jadinya berbalik kepada citer tadi, aku pilih yang sharp plasma lah, sebab Darwisy rajin bersin pagi, adik Danish memang takleh panas langsung, plus selalu selsema dan demam..sensitive skek duorang anak aku nih. 

Walaupun dalam review aku tengok ada beberapa orang yang kata ada yang tak puas hati dengan sharp plasma, tapi ekon lain pun ada jugak review orang kata tak puas hati jugak. So aku rasa mana mana pun ekon, akan ada yang kita tak puas hati..jadi pilih yang mana ikut keperluan, bukan ikut kata orang.,betul tak kan kan..of course pengalaman orang tu jadikan sempadan dan ilmu pengetahuan pro and kont tu sekurangnya dah ada dalam otak kita, tapi yang nak memilihnya kita, dan atas dorongan gerak hati dari Allah juga. So apa-apa pun redha aje lah, moga moga takde masalah.. kalau ada, hadap je lah nak buat cemane, harap Allah mudahkan.

So, katanya esok nak datang pasang, tapi nanti dia confirmkan jam berapa, sebab budaknya tengah working menghantar barang merata sekarang ni. Jadi aku okey je, aku amik dua, satu untuk Danish satu untuk Darwisy. Mem besar?? mem besar kemdian sebab mem tak de problem sangat. Danish dah demam dah hari ni sebab tak cukup rehat, tidur pun tak selesa..dia tu kalau menyusu pun berpeluh peluh ruam naik siap sumer. Harap harap ada bajet lagi untuk anak yang bakal lahir ni pulak. Kalau susah sangat, berkampung ajelah kat bilik bibik (sebab Danish tido ngan bibik..so, pasang ekon kat bilik bibik lah kiranya..)..hihihii 

Friday, March 20, 2015

Kenduri Ipoh & Jalan Jalan di Legoland

Last week jumaat 13/3 abang balik Malaysia. Force leave one week. Purposely minta cuti untuk ke wedding akim (his brother). So, kami memang marathon abes. Cepat cepat packing because lepas kenduri on 15th balik isnin tu, nak kena berkejar because check in di Hotel LEGOLAND on that Tuesday.
 
Overall kenduri ok, cuma x ramai sangat orang datang. Mak Ipoh purposely rancang cuti sekolah untuk wedding tu supaya ramai boleh datang tapi tak pun sebenarnya, sebab ramai sedara mara masing masing ade kenduri kawen jugak. Moral of the story, nak buat kenduri, buat je bebila yang rasa oke, cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke, orang ni kalau nak datang, dia datang jugak. Masa atas kita. last time aku kawen dulu pun bukan cuti sekolah pun..tapi ramai je datang, bebudak opis lagi la..siap CEO lagi turun tu..buat weekend je..jalan pun tak jem. Yer lah..nak buat cemane kan ..bukan kenduri aku, kalau kenduri aku lama dah aku belasah je..(ngeee)
 
Topik utama hari ni ialah bestnya LEGOLAND. Tutup cerita kenduri, sebab dah setel. Paling mengharukan ialah PANASNYA CUACA ketika kenduri tu..Allah je yang tahu kenapa cuaca tahun ni cam panas giler. 38 degree, macam cuaca kat Mekah..Mekah pun tak sepanas ini. Dosa banyak kot orang Malaysia ni..hahahaahaa (gelak jahat)..
 
Kami balik dari Ipoh isnin pagi, ingatkn sempat nak cuci baju dan keringkan, kemudian bawak balik terus ke Melaka, rumah my mother and father, tetapi malangnya baju x sempat kering. So kaut je yang mana ada, terus bertolak ke Melaka malam tu lepas maghrib, untuk shorten kan perjalanan esok pagi nya. Plus, rumah Melaka ade ekon jadi selesa skek tido malam. Rumah aku x de ekon, almaklum tak pasang lagi sebab rumah sewa.
 
Esok nya bertolak ke LEGOLAND, dalam jam 7 pagi. Darwisy memang x tau apa apa, saja kami nak surprisekan dia. Kata ada kenduri kawan ayah kat JB. Dia oke je, tapi dia ada hint hint (yang di ajar oleh atok Melaka..aku tau tuh..hahaha) .."alang alang gi JB, boleh tak singgah LEGOLAND " tuh ayatnya.aku kata tengok keadaan. Hotel dan tiket aku dah book dua minggu awal lagi, price memang standard mahal la cuti sekolah kan. Dan aku memang rasa mcm mesti sangat ramai..because cuti..
 
Sampai di LEGOLAND Hotel jam 10.30 pagi, lambat la becoz malas nak rushing, we got more time there, sebab aku book tiket combo (waterpark n themepark) untuk dua hari..sebab kalau dgn hotel dapat discount banyak jugak. Asalnya abang tak suka aku dah book waterpark tu sbb dia tak suka tengok basah basah bini dia nanti. Aku nak bagi anak rasa je..aku tak rasa pun x apa...walaupun dalam hati tu..memang lah emak nya ni kena jaga anak kan, jadi kompem merasa secara tak langsung..hahahaaa...
 
SURPRISE!!!!
Darwisy memang surprise giler, aku bawak dia masuk dalam hotel untuk buat apa yang patut kat reception..dia follow je sambil ternganga tak tahu nak main yang mana katanya..dia menikmati betul indoor game dalam tu..(perati je tak tahu mana nak mula)..checkin dalam jam 4 nanti so kami memang letak beg dulu, suruh hotel simpankan, dan pegi ke themepark. asalnya aku nak ke waterpark dulu, tapi ayahnya suruh ke themepark so aku follow je. panas memang panas tapi oke la dianya theme park..bagi orang Malaysia yang tak pernah ke mana mana themepark la...hahahaa
 
Darwisy anakku memanglah x pernah pergi mana mana , so inilah first time dia, so aku appreciate la perasaan dia kata hebatttt LEGOLAND..saje nak bagi dia seronok..walaupun dalam hati kitorang ni..ngeee....aku dan abang bisik bisik..Universal Studio Japan memang lagi best la pada aku..hahahahaaahaaaa..pegi la kalau tak percaya..dalam hati aku memang nak bawak Darwisy n adik Danish ke sana, lagi nganga aku rasa. One thing aku heran diorang ni pakai selipar je gi jalan jalan kat themepark tu, tak sakit kaki ke...aku memang dah experience dah dengan abang, memang prepare anak anak dengan kasut..lebih selesa aku rasa. cuma bibik la adei..lupa..kesian dia kata kaki sakit..biarlah..next time la  pakai kasut..hihihi..
 
Kami main habis awal because aku ngan abang pilih permainan mana yang Darwisy boleh main yang tak merbahaya kan diri..of course roller coster is no no. Then 3.30 dah gi hotel balik Tanya kalau boleh checkin. ..dah boleh katanya..terus aku suruh hotel bawakkan beg masuk bilik.kami lenggang bayam naik lift..tengok beg sumer dah ade. Haaa...aku pilih Premium Kingdom theme utk bilik sebab yang ni aje yang tak berapa menyeramkan..takde tengkorak la maksud aku hahahaa..ada banyak, pirates n adventure theme tapi tak payahlah tidur dengan tengkorak oke..:D
 
Dipendekkan cerita esok nya gi waterpark pulak, memang giler habis main kecuali yang kena pakai baju swimming, yang pusing pusing panjang tu..itupun Darwisy dah puas hati dah, katanya waterpark paling best sekalik. Ayah kata : nasib baik ibu amik jugak waterpark tu..sebab ayah asalnya tak nak join, tapi anak punya pasal dia yang paling basah sekali..hahaahahaaa..ibu basah separuh jerk..
 
oke lah setakat tu dulu citer LEGOLAND, memang best tapi we are looking forward untuk bawak anak ke Universal Studio Singapura (USS) pulak. Aku memang tak pernah pergi, tapi aku rasa best la kot..hihi.. 

Friday, March 13, 2015

Ku Bahagia



Masa balik dari One Utama semalam, sekali ada keluar lagu ni kat Radio. Aku memang rasa refresh la bila tiap kali dengar ..mm..enjoy


Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia


Ingin kulukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia


Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indah ku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang


Kuingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan kutanamkan cintaku kasihku
Agar ku bahagia

Sale di One Utama 11/3- 12/3 2015

Salam readers,

Semalam aku bertungkus lumus mencari apa yang patut sementara tengah sale (Jcard Day) kat Aeon One Utama. Yang paling aku cari ketika sale adalah cadar brand Jean Perry. Aku pernah beli dulu, ketika sale juga, harga 700 jadi 200, so aku rembat masa tu, just to try the brand, lagi pun selalu beli cadar harga biasa ni bila baring jadi miang la, panas la..so uncomfortable la. So alkisahnya cadar yang dulu aku beli tu mmg berbaloi sbb sangat selesa, sejuk dan nyaman. Selepas dari tu i am looking forward utk beli Jean Perry juga kalau ada sale lagi. Tapi brand tu susah nak sale plus aku pun sibuk tak sempat nak tengok tengok sale apa, dimana dan sebagainya. 

Semalam (berbalik citer asal) aku tengok kat One Utama Aeon dia punya sale gila gila orang dok beli. Most nya chinese la. Dan ada beberapa Melayu yang borong habis sumer baju anak dia beli sbb discount sampai 70% brand pooney, polo.. Aku beli jugak, 2 Kiko pyjamas utk Danish dan Tshirt utk Darwisy. Setiap bulan aku nekad mesti ada 2 at least baju anak aku beli, Kesian kalau pakai yang dah koyak koyak (experience lah.). Next month aku plan nak beli baju jalan diaorang pulak plus baju melayu. Memang x kesampaian lagi. Darwisy cepat dah tak muat baju melayu tahun lepas..ye lah baju pun sepasang aje. Adik Danish lagi la. Kalau majlis apa apa mmg anak aku x de baju yang sesuai. Tak apa, next plan pulak. 

Berbalik kepada cerita Jean Perry tadi, elok aku nak gi amik trolley, ada mcm ramai org berkerumun kat tempat bedsheet dan trolley masing masing penuh dgn bantal, quilt dan bedsheet banyak..ada yang lima, ada yang tinggi menggunung punya rembat. Semua chinese. Melayu tak ada la aku nampak. Aku kunun jalan maco kat kawasan tu tengok tengok, idak ler berhajat nak membeli walaupun aku keperluan sangat bedsheet baru..aku tahu brand tu mahal sangat..idak ler aku mampu. Ada duit pun dua ratus je dlm tangan.saje malas nak draw lebih, satgi abeh. cadangnya nak beli baju untuk newborn baby aku ni, buat preparation, alang alang sale dan beli seluar jeans untuk pregnancy. Tak lalu dah aku nak pakai jubah. Next week nak gi Legoland, mampukah aku berjalan dengan jubah jubah itewww..oh nooo... mmg mama ganaz ni tak tergamak untuk membayangkan. 

Nak dijadikan cerita masa jalan maco melihat lihat bedsheet tu, ade sorang staff Jean Perry ni dia promo kat aku satu Queen bedsheet material lebih baik dari cotton, diperbuat dari kayu kayan dan kapas terbaik, quality macam sateen. (Maybe design sekarang ni camtu kot..aku dah lebih 7 years tak beli cadar). Harga dari RM350 jadi 174.50, half price, dan satu lagi RM390 jadi RM244 sbb quality dia lain katanya, lagi baik, dua-dua lebih 800 thread count.  Aku sebenarnya tak pernah tau la bab bab quality baik ke tak baik ni, yang aku tau, cotton la bagus sebab sejuk. Tapi aku beli jugak dua dua tu sebab aku rasa tak rugi beli Jean Perry, tu je.  

Selepas membayar apa yang patut, aku balik dan pasang terus kat katil, satu set untuk bilik Darwisy, satu untuk bilik aku. Masa pasang tu aku dah rasa marvellouusssss kau...sebab bedsheet dia besar sampai boleh cover penuh tilam 1 1/2 aku (sblm ni x tercover), bantal pun aku beli yang baru jugak, sebab dari harga seratus lebih jadik 30 hengget satu. Aku pun takde bantal yang best. Bertahun dah..So,cover bantal dia pun marvelloussssssss..besar dan siap ada renda tepi..aduiiihhhhhhhhh..aku beli warna purple gelap, mmg cantekkkk, Darwisy punya warna biru. Kemudian aku terlupa pasal quilt..tak ada!!!. So patah balik gi one utama, sekalik beli jeans abang 5 lai,jeans aku 2 lai , beli quilt and quilt cover sekali. Cadar purple aku padankan dengan quilt cover warna Gold, masa tu diorang tengah lelong lagi.. aku beli semua set Jean Perry, quilt RM80 harga asal dekat RM200 aku rasa, quilt cover dari RM228 jadi RM 114..so aku beli dua set untuk Darwisy sekali. Biru dia aku padankan dengan hijau nak ke kelabu skek.. Balik terus bibik pasang...puas hati, memang sejuk dan very comfortable..buat pertama kalinya Darwisy tido dalam bilik sendiri dengan senang hati dan amat selesa. Haaaaa....

Alhamdulillah bersyukur sangat..harap abang balik today dengan surprisenya tengok cadar baru ..hakhakhak..Hajat hati biarlah dapat gembirakan dia dengan suasana bilik baru..tapi pakai duit dia..erkkk.(jangan aku kena marah sudahhh laaaaaaa..sebab guna duit banyak kali nih..mmmmm..sigh..)

Tuesday, March 10, 2015

My Pregnancy : 26th Weeks

Hasbi Rabbi Jallallah..Ma fi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad Sallallah..Laa ilaahaillallah..

Today is my 26th weeks. Adik dalam perut ni tak tahu lagi jantina nya apa. Aku tak kisah pun, yang penting sihat, cukup sempurna sifat, Alhamdulillah. Lately ni rasa asik lapar, perut dah semakin membesar dan rasa berat. Tapi as usual, aku aktif seperti biasa. Cuma beza nya kali ini, tak sakit dari peha ke bawah. Masa Danish dulu, Ya Allah Tuhan aje yang tahu..tak boleh berjalan aku. Kaki pun dah start bengkak starting 5 months lagi. Kali ni Syukur Ya Allah.. tak bengkak kaki dan tak sakit. Tapi kalau lama bawak kereta, atau long hours walking (shopping..ngeee) memangla balik tu bengkak. Lepas rehat tu dah oke dah Alhamdulillah. Cuma this week dah start nak makan banyak, dan banyak kali lapar..aku cuba la diet (kunun) tak makan la dalam jam 10 pagi tadi tapi tiba tengahari lepas ambik Darwisy dari sekolah, rasa macam nak pitam, terhoyong hayang sumer cukup. Cepat cepat aku carik nasik. By the way, skrg lauknya ikan aje. Bermacam jenis ikan aku beli. Kalau rasa nak makan ayam, beli drummet, kalau rasa nak makan daging, beli meatball. Dah setel. Nape ek..tak lalu nak makan daging fresh meat ngan ayam.? Sesekali bohsan aku gi makan kfc, itupun beli yang seketul je, sebab aku tahu, takkan abeh punya. 


Ada beberapa perkara perlu aku siapkan nih, termasuk packing barang barang baby, masuk dlm beg, prepare, mane tahu, kot kot la kena masuk spital, atau masuk 7 month dah tak larat nak shopping. Tapi takpelah tunggu esok la shopping, because ada sale kat ONE UTAMA hahahaaa..sekali gus ingat nak gi ikea kalau sempat. Aku ajak abang pegi, bila sampai KLIA jumaat nanti..tapi macam takut dia penat atau tak sempat. Tak tahulah..becos esoknya tu pulak nak kena balik kg ipoh pagi. Ingat nak soh ikea hantar je barang aku tu dan pasang, cuma tu lah..takut x sempat kalo jumaat baru nak beli. Ada sale sampai 15 march 2015 ni..tu yang beria -ia nau aku ni. Nak beli almari baju RM 299 dan drawer RM369. mmm..

      

 Angan - angan..duitnya ada ke idak tak tahu ler..hahahahaaaa

Monday, March 9, 2015

Langsir Baru

Okey, it's me again.This is different story pulak.

Aku sudah tempah satu langsir untuk rumah aku la kan, becoz nak deco ni tak lengkap la kalo langsir buruk aku yang dah 7 tahun tu. Memangla okey lagi, tapi abang ada mesej bgtau..alang alang nak deko tu tukau langsir tu bagi yang ceria skek.. Jadi sudahnya aku bergegas lah ke Tewah Mines (Tingkat 2 yer) untuk menempah langsir. Pilih satu kain warna oren, satu lagi warna grey, aku rasa nak cuba la warna yang mmg mcm uptodate la kat kebanyakan show house sekarang..tapi aku pilih yang harga murah skek, 12.90 semeter. So memandangkan aku nak gantung tu fesyen lama punya cangkuk, so kena double la ukurannya, sebab nak buat kedut lagi dan sebagainya. Aku sengaja pilih yang mahal sikit 22.80 semeter untuk belakang punya langsir, yang biasa orang letak kain nipis warna putih tu. Memandangkan pengalaman aku yang dulu, bila kain putih (of coursela yang transparent tu kan) memang la nampak cantik, tapi dari luar boleh nampak dalam, so what the purpose of having langsir. Jadi sbb tu aku pilih yang tebal skek untuk tu. Sebenarnya kalau untuk tutup pandangan luar, kain tu aje pun dah kira berkesan dah, tapi yang oren dan kelabu tu dibuat jugak layer atas tu sebagai hiasan (paham tak...) ..memang nampak cam ngengada la, tapi mencantik kan ruang tamu aku, kira okey la ape (hak hak hak..ni kalau husb aku baca mesti geleng kepala..tak kisahlah kan..janji dia balik rasa macam dok hotel....).

Jadi nya sekarang ini, sudah dipasang, dan aku sibuk merenung langsir dari tadi..bukan senang nak dapat langsir cantik ooo..cuma satu perkara la yang aku notice. Sebenarnya, kalau nak lagi cantik, beli kain mahal sikit. Macam kain aku beli 22.80 semeter tu kan, dia punya kilauan dia lain. Biar aku cakap skek kat sini, sebagai panduan dan peringatan aku untuk next time, ada rumah sendiri mesti beli yang mahal punya okey. Ini pandangan aku, kain mahal ni

1. Kalau kena lampu dia punya kilau dia naik, seri lagi
2. Jatuh dia kebawah tu ikut alur kedutan dari atas sampai bawah tersusun cantik, sebab dia lembut
3. Tahan lama, biar bertahun pun tak pudar warnanya.

Jadi, pesanan untuk aku kali ini :
Berjimat cermat dari sekarang becoz nanti ade rumah sendiri itu langsir kena yang mahal sikit.
Kalau semeter 30/- satu tingkap 4 panel kena ada 4 x 2(double untuk kedutan) meter , jadi 30/- x 8 =240, upah menjahit dsb nya lagik..+ misc..mmm..harus simpan.

**Niat aku menghias rumah bukan untuk berbangga dengan orang, tetapi untuk anak anak aku selesa berada dirumah. Darwisy dah semakin membesar, n before this suka sangat pergi rumah kawan-kawan. Bila aku start menghias ni, dia mula lekat sikit dalam rumah, baru aku tau, dia suka sangat tengok rumah kawan kawan dia cantik, ada aircond, hiasan dalaman sumer up to date la, dengan tv besar, ada siap carpet lagi dalam bilik air (mengikut citer dia la lately). Dia nak design bilik dia sendiri so, of course aku sudah setelkan meja study n rak buku dia, begitu juga dengan langsir.
Sekarang ni looking forward untuk cadar pulak, dia dah bagi spec, so nanti aku carikkan.

Tips nya sekarang ni kan tengah banyak sale..so beli waktu sale lebih baik la daripada pegi carik ketika tidak sale, aku bukan org kaya, tapi kalau aku kaya pun, biarlah bijak menggunakan duit.




Very Busy Weekend

Salam to my dear notes,

Last weekend sebenarnya very bz. Aku decided nak balik kampung ipoh two weeks before, because schedule full sangat. Week before on 28th February 2015,  kami buat aqiqah untuk Danish, yang usianya dah setahun tiga bulan. Tertunggak sebab mengompol duitnya yang tak kunjung tiba. Sejak abang kerja di Saudi, banyak perkara telah Allah mudahkan. On the dot abang nak ke Saudi last Oktober 2014, aku decided untuk berhenti kerja, atas nasihat abang juga. Sebab banyak perkara telah aku let go selama aku berhempas pulas mencari harta yang tak seberapa. Abang minta aku dulukan anak-anak, dan keluarga setelah sekian lama dia bersabar. Aku setuju dan memang aku totally tinggalkan terus kerja aku, dengan satu pengharapan, semoga abang redha dengan aku, Allah redha aku. Memang lah dua bulan pertama aku tak boleh tidur sebab aku dah biasa bekerja..otak aku tak biasa berehat, sentiasa dalam keadaan stress dan berfikir aku rasa tahap maksimum. Tetapi aku berdoa setiap hari jika ia baik untuk aku Allah bantulah aku, tenangkan aku..sesuaikanlah aku dengan keadaan yang tidak bekerja ini. Alhamdulillah..slowly, i can adapt..malah, aku suka pulak kerja jadi tidak bekerja dengan orang ni...hahahaaa...

Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang memang aku tak boleh tinggal, iaitu kerja asasi aku iaitu berjalan dan berfikir tentang sesuatu..guess what?..Aku mula nampak rumah aku semak, penuh dengan barang-barang, yang sejak pindah dulu tak pernah dikemaskan. Aku ambil keputusan untuk buang semuanya yang tak ada kaitan dengan aku lagi..So, akhirnya clear. Lega rasanya. Then aku baca-baca kat internet tentang hiasan dalaman rumah. Belajar cara-cara pewarnaan, langsir, susun atur perabot, dan banyak lagi. Nanti la aku kongsikan.. ikea tu mmg setiap minggu mesti pergi.tengok design kat sana, beli ape ape yang patut..akhirnya terkemas lah rumah aku,,terdeko setakat yang mampu aku..(tapi belum habis lagi..)

Nak citernya (berbalik ke asal) last weekend balik kg ipoh tolong mak mertua mengemas rumah untuk kenduri this weekend pulak. Mata aku ni dah pantang tengok yang sepah sepah tu mesti gi carik storage untuk letakkan barang-barang. One thing, aku fikir, kalau kita ni jenis tak rajin nak menyusun atur barang, carik kabinet atau storage yang berlaci, supaya boleh main baling baling je barang dalam laci. Sepah dalam laci x de orang nampak..ngeh ngeh ngeh. Alkisahnya, bila dah beli storage untuk baju baju lama, (kira aku main baling baling je dalam bakul tu), nampak kemas lah bilik pengantinnya, dapo pulak sebab mata aku tak bekenan tengok menda menda lama atas kabinet dapor, aku beli rak pinggan mangkuk dan masukkan segala menda plastik dalam tupperware, maka tersusunlah pinggan mangkuksss di situ (yang selama ni nak carik cawan pun susah nau).. lagik barang barang stok carik rak bertingkat untuk diaturkan didalam rak tu so..idak la bersepah diatas lantai..

Mak mertua aku memang pueh hati la, cuma satu je tak sempat mengemas stor..lenkali balik bleh ngemas lagi..suka pulak aku tengok rumah cantik..terhias..rumah kg ni besar..banyak benda boleh dihiaskan, dikemaskan..cantik laa..kalau akulaaa dapat rumah besar camtu..mmmm..harussss macam heaven la aku menghiasnya..hakhakhak...(relek..relek)..

Why starting a blog?

Salam to all readers.

Sebenarnya aku ni ada banyak perkara nak di luahkan dan di kongsikan. Dan sejujurnya aku juga suka menulis. Kadang-kadang, apa yang dikatakan tidak serupa yang di dalam hati..maksudnya tak kesampaian. Pada aku, dengan menulis, dapatlah aku sampaikan apa yang sebenarnya. Ditakdirkan aku tiada satu masa, boleh juga tulisan ini dijadikan kenang-kenangan oleh sesiapa yang mengenali aku.

Jadi, sesiapa yang nak komen, silakan komen baik-baik, yang tak suka, diam-diam kan aje. Ini tulisan dan cerita aku, so its just simply me..tak payah susah hati. Terima kasih jika sudi menerima aku, terima kasih juga jika tidak sudi menerima aku. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan selain daripada fikirkan tentang betapa sukarnya membuat orang sukakan kita.

Its just a simple life, but of course not to simply let it go, use it wisely. (english pecah...:D)