Friday, March 27, 2015

Renew Passport dan buat passport untuk anak

Salam to my blog,

Hari ni very hectic aku ni. Dua hari lepas aku dah schedule untuk service kereta dengan toyota, so hari ni appointment jam 8 pagi, because aku kena ambil Darwisy di sekolah jam 12 tghri. Aku takut nanti terlambat so baik schedule seawal dia bukak kedai kan. But anyway, semalamnya abang message bagitahu dia dah bayarkan untuk buat iqama (ID untuk di saudi ) untuk aku dan anak anak sebanyak SAR 2000. Then dia kata kalau cepat dapat buat passport pun lagi bagus sebab nak masukkan no passport dalam application form. So aku masa tu baru plan nak buatkan bank account untuk Darwisy n Danish, dan dah sampai Serdang pun. But then aku terfikir kalau nak renew passport aku kena ada gambar, alang alang kat serdang, gi la kedai gambar favourite aku kedai YS. (Dari muda sampai ke tua aku gi kedai ni.ngeh ngeh..efficient maa dia). Lepas amik gambar aku gi CIMB UPM tanya document untuk bukak account anak. Dia kata mesti ada 250 sekali bukak account, bawak mykid n surat beranak. So aku pun okelah. Sudah pukul 4.30, jadinya aku pusing jugak la putrajaya ingat nak gi imigresen, tetapi memandangkan pemandangan aku disekitar putrajaya tu semuorang dah berpusu pusu balik, aku rasa baik aku gi esok je. So petang tu aku siap bawak anak gi serdang untuk amik gambar, prepare untuk esok. 

Pagi sebelum hantar Darwisy tadi aku dah tengok kat internet rupanya nak buat passport / renew  kena pergi Menara Ikhlas tingkat 3, bersebelahan dengan Bangunan Imigresen Putrajaya. Sebelum ni aku biasa buat di Presint 15 Diplomatik tu. Maybe lebih senang kot kat sini, pk aku la, tak tergambar lagi cemane. mmm...tapinya aku ada appointment servis kereta hari ni..let how aa..

mm..tau tak aku punya la memang menggunakan sepenuhnya masa yang ada. Pagi tadi lepas hantar Darwisy aku decide nak pergi Menara Ikhlas dulu, kalau boleh amik nombor pun jadikla pada aku sebab aku rasa kalau bab passport ni mesti ramai beratur panjang. Jam 7.30 pagi aku dah terpacak kat tepi Menara Ikhlas, mencari parking. Bayangkan lah..ada satu kawasan belakang menara tu, punya la besau kawasan nya, ada la beberapa ketul kete park kat situ..so aku nak masuk la parking tu..tapi carik punya carik entry dia takde kau..so, aku macam nak masuk la plak kat parking bawah menara tu, sekali ada guard tu tak bagi masuk dia soh park kat kawasan lapang tu. Aku tanyala mana entry dia? dia kata kena naik divider la baru boleh masuk, depan ni pun boleh..asalkan tergamak naik divideer, bolehla parking. Hai..tak pernah seumur hidup aku bawak kereta menaiki divider..(nada skema..), tapi nak cepat punya pasal (sebab appointment kete jam 8 nih.) , panjat pun panjat lah..dengan relanya aku memanjat divider tu untuk memarkingkan kereta aku kat situh..pehtu aku cepat cepat turun dan naik tingkat 3. Bayangkan mak buyung ni terkedek kedek lari naik lift. Mengah aku..sampai sampai je..aku dapat nombor yang ke 12. Aik...baik aku tunggu kejap..kaunter pun banyak..tak sampai 5 minit nombor aku di panggil. 

Haru nya kes..semalam kan dah amik gambar..tadi dia nak soh amik gambar kat depan kaunter tu..siap ade camera canggihh situ..kalau aku tau takde la aku membayar 13 hengget semalam. Free je lak tu.. gambo tu terus online kat komputer dia. Haru jugak lagi..aku pakai tudung warna oren. So dia soh tukau tudung, amik yang kat tepi kaunter ada dia siap letak tudung dan kot (in case) warna hitam. Jadik..terpaksalah aku berselubung kat depan kaunter tu menukar-nukar tudung..mujur bijak..tidak le aku membukak tudung kat tengah dunia tu..ada la caranya (wink..)..Dalam hati aku padanla masa masuk tadi aku tengok ramai perempuan pakai tudung hitam..aku ingat apesal..Putrajaya berkabung Lee Kuan Yew mati ke hape..hihihih..dah diam, tak payah gelak okey..(muka angry bird).

Tapinya aku tak boleh on behalf buatkan anak anak. Aku kena bawak orangnya. Jadi, lepas renew yang aku punya, tunggu payment kat kaunter 23 atau 24. Jam 8 pagi katanya baru bukak. Aku setel 7.50 a.m. So aku tunggu lagi...ketang ketung kaunter pun bukak 8.05, no dia panggil pun laju jek..jadi aku confirm boleh cepat. Lepas bayar, dia soh tunggu satu jam untuk amik passport yang dah siap. Aku terpaksa leave urusan tu untuk ke kedai kete kat balakong pulak sebab dah janji nak servis..jap gi setel kete lah aku gi balik amik. Pehtu aku berlarian lagi..sampai kedai kete dalam 8.40 pagi. Aku punya alasan jem laa..ape lagi..heh heh heh..

Kete abis servis jam 11.30, so aku berkejaran pegi Putrajaya ingat nak amik Darwisy sekolah presint 11, tapi sampai dalam jam 11.45 so masih ada masa untuk amik passport..aku terus belok ke Presint 2. Alang alang naik tu aku amik nombor sekali untuk buat passport Darwisy n Danish. tapi untuk Danish dia bagi separate nombor. cuma katanya kena bawak anak baru boleh dapat no danish tu. adeh..jam sudah pukul 12. So memang x sempat becoz diorang break jam 12.15 - 2.45 (Jumaat ya hari ni), so aku pun decide datang balik jam 2.45 ptg. Passport aku dah siap, n nombor untuk Darwisy pun ada dah..dalam 70 orang lagi.. turn jauh lagi..sempatla sangat. 

Amik Darwisy kemudian siap siap kan Danish untuk ikut abang dia ke solat Jumaat kat Mardi. Sampai kat masjid dah 1.40, tengah mula khutbah. So aku tunggu kejap, Danish siap makan ubat lagi..then jam 2.05, abang Darwisy siap solat. Aku pulak nak kena solat nih. Gi carik petronas isi minyak, solat sekalik n terus patah balik ke Putrajaya. Jam 3.05 sampai kat atas, kaunter nombor bagi nombor untuk Danish. Rupanya untuk budak satu tahun lebih ni dia dekat kaunter khas, dan dia cepat sikit..aku tak sempat carik tempat duduk pun..dah di panggil. Kaunter 10. Aku pulak gatal mulut tanya boleh tak buatkan untuk Darwisy sekali. Dia kata okey..So selamat lah aku tak payah tunggu turn untuk Darwisy pulak. Alhamdulillah.. Darwisy amik gambau kat situ jugak..haru jugak sebab semalam sudah bayar 13 hengget untuk gambar Darwisy kat YS..mmmm..cuma adiknya gambar je yang dia guna yang aku amik semalam (kat YS tu). mujur amik jugak sebenarnya hikhikhik..oh lupa nak bagitau..kat situ kena ukur tinggi untuk anak..so aku senang je ukur untuk Darwisy n Danish, kat tepi bilik mainan (jangan tak percaya, office ni ada bilik untuk childplay..bagus..).

Dah buat payment macam biasa kena tunggu satu jam untuk passport siap. Masa tu abang message kata dah siap buat Umrah, nak balik ke Riyadh semula. Aku okey je. tak bagitau pun aku kat mana. Malas aku nak serabutkan dia..nanti nanti la aku cerita. Darwisy seronok betul dapat passport..experience cop cap jari. Ye, budak 10 tahun kena cop jari. Bayar untuk anak anak RM200 je, sorang seratus. Alhamdulillah. Jimat jugak la aku rasa this year punya regulation kan RM200 untuk renew passport up to 5 years. So, total aku dan anak RM 400 jer. Oh ya, untuk anak-anak kena bawak surat beranak ORIGINAL n buat copy sekali, IC aku pun dia nak 2 copy, sebab 2 anak. Adik Danish tak payah cop jari, cukup dia hadir sahaja. Okey..

Panjang pulak entry aku ni. Sebenarnya tadi terpikir nak buat entry berganda hari ni..mmm tapi tengok lah nanti..aku pun sangat penat ni. Tidur pun bagus. Bye.

No comments:

Post a Comment