Last week jumaat 13/3 abang balik Malaysia. Force leave one week. Purposely minta cuti untuk ke wedding akim (his brother). So, kami memang marathon abes. Cepat cepat packing because lepas kenduri on 15th balik isnin tu, nak kena berkejar because check in di Hotel LEGOLAND on that Tuesday.
Overall kenduri ok, cuma x ramai sangat orang datang. Mak Ipoh purposely rancang cuti sekolah untuk wedding tu supaya ramai boleh datang tapi tak pun sebenarnya, sebab ramai sedara mara masing masing ade kenduri kawen jugak. Moral of the story, nak buat kenduri, buat je bebila yang rasa oke, cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke, orang ni kalau nak datang, dia datang jugak. Masa atas kita. last time aku kawen dulu pun bukan cuti sekolah pun..tapi ramai je datang, bebudak opis lagi la..siap CEO lagi turun tu..buat weekend je..jalan pun tak jem. Yer lah..nak buat cemane kan ..bukan kenduri aku, kalau kenduri aku lama dah aku belasah je..(ngeee)
Topik utama hari ni ialah bestnya LEGOLAND. Tutup cerita kenduri, sebab dah setel. Paling mengharukan ialah PANASNYA CUACA ketika kenduri tu..Allah je yang tahu kenapa cuaca tahun ni cam panas giler. 38 degree, macam cuaca kat Mekah..Mekah pun tak sepanas ini. Dosa banyak kot orang Malaysia ni..hahahaahaa (gelak jahat)..
Kami balik dari Ipoh isnin pagi, ingatkn sempat nak cuci baju dan keringkan, kemudian bawak balik terus ke Melaka, rumah my mother and father, tetapi malangnya baju x sempat kering. So kaut je yang mana ada, terus bertolak ke Melaka malam tu lepas maghrib, untuk shorten kan perjalanan esok pagi nya. Plus, rumah Melaka ade ekon jadi selesa skek tido malam. Rumah aku x de ekon, almaklum tak pasang lagi sebab rumah sewa.
Esok nya bertolak ke LEGOLAND, dalam jam 7 pagi. Darwisy memang x tau apa apa, saja kami nak surprisekan dia. Kata ada kenduri kawan ayah kat JB. Dia oke je, tapi dia ada hint hint (yang di ajar oleh atok Melaka..aku tau tuh..hahaha) .."alang alang gi JB, boleh tak singgah LEGOLAND " tuh ayatnya.aku kata tengok keadaan. Hotel dan tiket aku dah book dua minggu awal lagi, price memang standard mahal la cuti sekolah kan. Dan aku memang rasa mcm mesti sangat ramai..because cuti..
Sampai di LEGOLAND Hotel jam 10.30 pagi, lambat la becoz malas nak rushing, we got more time there, sebab aku book tiket combo (waterpark n themepark) untuk dua hari..sebab kalau dgn hotel dapat discount banyak jugak. Asalnya abang tak suka aku dah book waterpark tu sbb dia tak suka tengok basah basah bini dia nanti. Aku nak bagi anak rasa je..aku tak rasa pun x apa...walaupun dalam hati tu..memang lah emak nya ni kena jaga anak kan, jadi kompem merasa secara tak langsung..hahahaaa...
SURPRISE!!!!
Darwisy memang surprise giler, aku bawak dia masuk dalam hotel untuk buat apa yang patut kat reception..dia follow je sambil ternganga tak tahu nak main yang mana katanya..dia menikmati betul indoor game dalam tu..(perati je tak tahu mana nak mula)..checkin dalam jam 4 nanti so kami memang letak beg dulu, suruh hotel simpankan, dan pegi ke themepark. asalnya aku nak ke waterpark dulu, tapi ayahnya suruh ke themepark so aku follow je. panas memang panas tapi oke la dianya theme park..bagi orang Malaysia yang tak pernah ke mana mana themepark la...hahahaa
Darwisy anakku memanglah x pernah pergi mana mana , so inilah first time dia, so aku appreciate la perasaan dia kata hebatttt LEGOLAND..saje nak bagi dia seronok..walaupun dalam hati kitorang ni..ngeee....aku dan abang bisik bisik..Universal Studio Japan memang lagi best la pada aku..hahahahaaahaaaa..pegi la kalau tak percaya..dalam hati aku memang nak bawak Darwisy n adik Danish ke sana, lagi nganga aku rasa. One thing aku heran diorang ni pakai selipar je gi jalan jalan kat themepark tu, tak sakit kaki ke...aku memang dah experience dah dengan abang, memang prepare anak anak dengan kasut..lebih selesa aku rasa. cuma bibik la adei..lupa..kesian dia kata kaki sakit..biarlah..next time la pakai kasut..hihihi..
Kami main habis awal because aku ngan abang pilih permainan mana yang Darwisy boleh main yang tak merbahaya kan diri..of course roller coster is no no. Then 3.30 dah gi hotel balik Tanya kalau boleh checkin. ..dah boleh katanya..terus aku suruh hotel bawakkan beg masuk bilik.kami lenggang bayam naik lift..tengok beg sumer dah ade. Haaa...aku pilih Premium Kingdom theme utk bilik sebab yang ni aje yang tak berapa menyeramkan..takde tengkorak la maksud aku hahahaa..ada banyak, pirates n adventure theme tapi tak payahlah tidur dengan tengkorak oke..:D
Dipendekkan cerita esok nya gi waterpark pulak, memang giler habis main kecuali yang kena pakai baju swimming, yang pusing pusing panjang tu..itupun Darwisy dah puas hati dah, katanya waterpark paling best sekalik. Ayah kata : nasib baik ibu amik jugak waterpark tu..sebab ayah asalnya tak nak join, tapi anak punya pasal dia yang paling basah sekali..hahaahahaaa..ibu basah separuh jerk..
oke lah setakat tu dulu citer LEGOLAND, memang best tapi we are looking forward untuk bawak anak ke Universal Studio Singapura (USS) pulak. Aku memang tak pernah pergi, tapi aku rasa best la kot..hihi..
No comments:
Post a Comment