Monday, February 15, 2016

Cabut gigi geraham bongsu

Salam myblog..

2 weeks ago aku pergi klinik Lisa Alis kat bangi untuk cabut gigi bongsu. Asalnya mmg dah sakit berulang dah beberapa tahun..lastly aku decide untuk jumpa doktor tanya kenapa. Doktor bgtau gigi bongsu tak tumbuh dgn baik..dia panggil gigi bongsu tu wisdom teeth. Aku terkejut ..wisdom? Mcm best nama dia..kehkehkeh..

But anyway..cabut haritu dia gerudi siap sumer tapi relek..sbb tak sakit..kenapa?. Sebab kena bius 4 tempat. So tak rasa ape2..cuma bau mesin gerudi besi la..mm..itu pemandangan yg mengerikan la sikit masa tu..yg lain sumer aku tutup mata..tau2 je dah keluar. Atas dan bawah. Caj rm840. Oke fine. Keluar bilik operasi tengok bhgian mulut dan pipi ada darah bersepah2. Then doktor bagi kapas n ubat tahan sakit. Antibiotik dah bagi sblm tu so habiskan aje.

Lepas tu mmg sangat sakit lepas habis ubat kebas..but still aku masih manage to handle anak n everything  walaupun ke jusco beli barang dgn muka bengkak sebelah. Aku ni jenis muka seposen yg penting aku tak buat salah kat org nak malu ape..plus aku pun bukanler cantik bebenau gorgeous marvelous sampai bengkak sikit (besau jugak ler bengkak tu) tak leh nak kuar rumah..(dah biasa ngadap org dulu dgn muka jerawat batu bertepek..). Ok.so ceritanya aku boleh menahan sakit ketika itu sambil menunggu bila nak habis dlm one week doktor kata.

Ok now dah nak masuk 2 weeks over. Why sakit lagi?. Sabtu lepas aku jumpa doktor tu balik n dia bagitau saraf tempat bekas gigi bongsu aku haritu terkena ..maybe luka maybe terputis. Belah bibir ke kanan dlm 1.5 inch rasa kebas. Dan rasa sakit kat gigi berdenyut sampai ke kepala. Dia kata dlm 1000 org mesti ada 5 atau 6 org yg terkesan punya. Masa operate haritu dia ada bgtau tentang tu..tapi aku rasa BUKAN AKU kot. Mm..pengajaran.

So skrg ni dah jumpa doktor klinik kerajaan presint 9. Doktor bagi ubat saraf n ubat tahan sakit. Jadinya mmg itu lah solution nya. Doktor tak boleh nak tanggungjawab sbb bukan dia yang buat. Of course lah aku pun faham. Aku nak ubat saraf tu je. Klinik swasta itu tak ada ubat nya. Next time pengajarannya adalah pergi klinik kerajaan sahaja. Bayar pun tak mahal. Servis pun tak yah tunggu lama. Tak sempat baca facebook pun. Terima kasih kerajaan Malaysia..selama ni aku ingat kami org swasta dianaktirikan.

31 jan 2016