Sunday, March 22, 2015

Aircond Baru Sharp Plasmacluster Inverter type

Salam my blog,

Baru sekejap tadi i beli aircond. Aku dah survey review dalam internet sumer,dan dah buat keputusan. Tetapi brand dan jenama tu atas pilihan Allah sebab ketika melihat review aku dapat tau katanya yang terbaik rata-rata

1. Mitsubishi (  tetapi kontra nya adalah sparepart dia susah nak dapat dan mahal)
2. Daiken ( mahal sikit harga tapi bagus dari segi maintenance senang nak dapat)
3. Panasonic (walaupun ada beberapa komen yang kata cepat rosak dan maintenance mahal, tapi ada juga yang puas hati)
4. York & Acson (of course ni jenama yang terkenal tapi compressor dia bising, tak sesuai untuk dirumah, office boleh la..)

Yang aku pilih pulak tetiba jadi sharp plasma..cemane gayanya tuh..tak termasuk dalam senarai pun. Asal nya memang nak cari mitsu tapi banyak kedai dah habis stok, katanya supplier brand tak bagi order yang baru sebab nak tunggu GST next month (April). So aku ada one choice sahaja iaitu di kedai letrik kat Taman Equine. Cuma harganya 1650 siap pasang. Aku ingat nak survey harga lain tapi i have no choice. Aku ke kajang, kemdian ke balakong dan akhirnya balik ke pekan seri kembangan, sebab aku terfikir kat situ ada banyak kedai elektrik. Memang tepat lah jangkaan aku, Seri Kembangan kawasan lama, jadi banyak kedai kat situ dan diorang compete each other. Entah cemane aku tersinggah nak tengok satu kedai ni, depan dia ada kedai lagi besau, banyak ler barang, tapi entah kenapa aku pikir singgah kedai kecit ni dulu. 

Masuk dalam terus tokey kedai tanya mau cari apa..aku cakap terus nak ekon 1 hp. Dia tanya mau yang bagus terbaik ka mau yang biasa..? aku kata mestila yang terbaik..Dia tunjuk electrolux, pemasangan siap sumer RM980. Tapi aku cakap aku bukan nak yang tu, aku nak yang inverter punya jimat letrik. Oh..kalau begitu you amik Daiken la banyak bagus, itu terbaik sekali katanya. Aku tanya harga, RM1790 sekali installation. Aku diam jap..tanya Panasonic inverter okey tak..dia kata banyak orang komplen bising..mitsubishi? dia kata pun tak bagus..tapi dalam hati aku maybe dia tak de stok yang tu, tu yang kata tak bagus tu..experience sudah aku ni sebab merata kedai aku survey, tokey kedai akan promosi barang yang dia ada stok la...tapi tak salah dia jugak sebab dia pun nak sale, one thing dia nak order pun dah takleh, supplier dah stop deliver. Aku tanya yang Daiken tu inverter tak..dia kata inverter..tapi kalau you nak baik lagi, you angkat yang baru la, sharp plasmacluster inverter..harga pun sama , ada ion-plasma lagi RM 1790. Aku rasa sharp pun bagus juga sebab aku baca review semalam kata anaknya dari bersin pagi pagi, terus lega lepas guna yang ada airpurify ni. 

Aku beli aircond ni pun sebab anak, kalau aku aje pakai, aku x kesah sangat, pakai aircond harga biasa pun oke (nak jugaaaakkkk aircond hahahaa..) sape tahan weh cuaca sekarang ni panas melampau..aku tengok rumah orang lain takde bukak tingkap segedabak aku, rumah aku je yang macam kekampungan skek, sebab mengambil udara segar lebih lebih lagi kalau lepas hujan..memang lah aku bukak luas luas bagi angin masuk. Takde la berkuwap sangat. Cuma yang masalahnya bukak tingkap ialah kena menyorok la mana mana sebab dok rumah takkan ko nak pakai tudung kan..mmm..jadi, langsir tu tetap sentiasa kena bertutup dan sekarang ni pun aku dah insaf sikit, pintu pun dah bukak kecik je, yang penting udara berpusing dalam rumah tu. mm.. Jadinya berbalik kepada citer tadi, aku pilih yang sharp plasma lah, sebab Darwisy rajin bersin pagi, adik Danish memang takleh panas langsung, plus selalu selsema dan demam..sensitive skek duorang anak aku nih. 

Walaupun dalam review aku tengok ada beberapa orang yang kata ada yang tak puas hati dengan sharp plasma, tapi ekon lain pun ada jugak review orang kata tak puas hati jugak. So aku rasa mana mana pun ekon, akan ada yang kita tak puas hati..jadi pilih yang mana ikut keperluan, bukan ikut kata orang.,betul tak kan kan..of course pengalaman orang tu jadikan sempadan dan ilmu pengetahuan pro and kont tu sekurangnya dah ada dalam otak kita, tapi yang nak memilihnya kita, dan atas dorongan gerak hati dari Allah juga. So apa-apa pun redha aje lah, moga moga takde masalah.. kalau ada, hadap je lah nak buat cemane, harap Allah mudahkan.

So, katanya esok nak datang pasang, tapi nanti dia confirmkan jam berapa, sebab budaknya tengah working menghantar barang merata sekarang ni. Jadi aku okey je, aku amik dua, satu untuk Danish satu untuk Darwisy. Mem besar?? mem besar kemdian sebab mem tak de problem sangat. Danish dah demam dah hari ni sebab tak cukup rehat, tidur pun tak selesa..dia tu kalau menyusu pun berpeluh peluh ruam naik siap sumer. Harap harap ada bajet lagi untuk anak yang bakal lahir ni pulak. Kalau susah sangat, berkampung ajelah kat bilik bibik (sebab Danish tido ngan bibik..so, pasang ekon kat bilik bibik lah kiranya..)..hihihii 

40 comments:

  1. So mcm mn lepas guna?jimat tak dr segi elecric?servis mcm mn ye?cerita la pengalaman lps guna..dlm dilema plk nk ambil sharp ke panasonic..huhu

    ReplyDelete
  2. So mcm mn lepas guna?jimat tak dr segi elecric?servis mcm mn ye?cerita la pengalaman lps guna..dlm dilema plk nk ambil sharp ke panasonic..huhu

    ReplyDelete
  3. Jimat sangat electrik yg sharp ni. Cuma bila dah lama sikit dia ni kena servis.rm 180 sekali servis.cuci je. Sbnrnya patut kena cuci snediri sebulan sekali. So far oke je sharp. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Jimat sangat electrik yg sharp ni. Cuma bila dah lama sikit dia ni kena servis.rm 180 sekali servis.cuci je. Sbnrnya patut kena cuci snediri sebulan sekali. So far oke je sharp. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Hihi..akhirnya..sy pn dah beli sharp j tech inverter juga!! Puas hati..pasang 25c pun maintain sejuk...

    ReplyDelete
  6. Macam mana Sharp Plusma Cluster... Ok tak... You dah guna setahun lebihkan... Ada apa2 masalah tak.

    ReplyDelete
  7. saya pom dh beli memang ok..terbaik...sangat2...

    ReplyDelete
  8. Sy pon baru survey.sbenarnya prefer daikin tp bila dgr salesman bg pendapat brand sharp nie trus sambar.

    ReplyDelete
  9. izni : setakat ni ok Alhamdulillah. masih sejuk macam biasa. cuma kena cuci filter je dalam sebulan sekali. Cuci sendiri je.

    Raja: hihi. okey..

    Eja : oh okey..hihi..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Sy pakai Samsung inveter. Setahun lbh start sejuk xsejuk. Ni da 2 thn. Xsejuk lgsg. Angin panas.esbok pun Samsung, freezer xsejuk sgt. Eskrim cair.

    Pengajaran... Samsung indah kabar dari rupa. Lps 2 thn. Start mslh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...Samsung aircond panas...boikot Samsung

      Delete
  12. A.Zamari : oh oke. tq sharing info.Bertabahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik setakat pakai plasmacluster ni .

      1 sejuk x
      2 angin kuat ke
      3 berfungsi ke fungsi mcm airpurity tu
      3 aircond dia senyap x
      4 takat ni ada ape2 mslh

      Delete
  13. A.Zamari: Alhamdulillah
    1) masih sejuk
    2) angin kalau set kuat jadi kuat, kalau set slow jadi slow
    3) fungi airpurify tu mcm ade sebab anak yg selalu bersin dah kurang byk
    4) aircond mmg senyap (panasonic bising )
    5)setakat ni ok semua. x ada masalah.

    ReplyDelete
  14. saya sokong Daiken, sebab dapat kualiti service yg bagus.

    ReplyDelete
  15. Wowww, terima kasih bnyk-bynk atas perkongsian. Banyak info yg I dapat.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas sharingnya!! Rasa-rasanya akan beli Daikin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Daiken memang quality bagus, saya sokong keputusan kamu, tapi kena ingat kena jaga juga. kalau tak, prestasi dia akan merosot perlahan-lahan.

      Delete
  17. lepas buka cepat tak bilik jadi sejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mmg cepat jadi sejuk. Selepas tengok review yg ditulis olh penulis saya pun buat keputusan utk beli Sharp Plasmacluster. Memang bagus, x bising pun, jimat electric jugak. Lebih baik drpd aircon panasonic lama yg saya guna dulu.

      Delete
    2. tak bising bagusnya... biasanya buka berapa temperature cukup sejuk? susah tak kalau cuci filter sendiri?

      Delete
  18. Ya, tak bising. Aisyah.S.temperature 25 degree dah sejuk dah. Cuci filter pun senang. tarik je cover dia. Selalu saya buat sendiri je. cuma lately tak sempat masa, suruh anak buat. Kalau dah nampak rasa nak kurang sejuk tu itu petanda kena cuci filter.

    Ya jimat letrik lovelyteh. Harap suka dengan sharp-plasma. Saya ada juga beli Mitsubishi aircond, pun okey juga.Cuma dia agak besar ke depan berbanding design sharp. Electrolux pun beli tapi dia lambat sikit sejuk. And Panasonic agak bising juga compressor dia..saya beli letak kat ruang tamu, maybe horsepower tinggi..tak tahulah.

    Arwinbaby, bagusnya dapat Daiken..maybe boleh share nanti review dia ya.

    Terima kasih kepada semua yang comment. Harap bermanfaat.

    ReplyDelete
  19. Boleh advise berkenaan purifier tu? anak x selsema lagi eh lepas tu? rasa bernafas fresh ja eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. To be truth, memang rasa lebih baik dengan adanya purifier tu. Cuma utk kuatkan imunisasi anak saya beri scott emulsion once a day. So dia dah banyak improve. Plus dia jugak ada sikit tonsilitis. But now mcm dah reduced banyak bengkak tonsil tu. Alhamdulillah.

      Delete
  20. saje nak review aku guna non inverter bil rm150 skrg guna panasonic inverter bil rm50.10 jam guna sehari

    ReplyDelete
  21. Puan faz samat...mcm mne dgn air con sharp plasmacuster...masih ok ke...skrng dh 2019 dh 4tahun pengunaan air cone puan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cuma kena maintain cuci kalau tak dia tersumbat dan air menitik. Rumah saya habuk banyak so at least once a year la kena cuci. So far sejuk dia masih mcm mula-mula beli.Maintenance pun x mahal. Cuma nak pesa satu, electrolux jangan beli. Sebab aircond electrolux saya beli dah rosak. Baru sangat lagi. Rasanya sharp plasma lagi lama sebab beli lagi awal.

      Delete
  22. saya pun dah sambar sharp plasma 1.5 inverter. bln 9 baru nak pasang. rmh tgh reno.

    kalau review sharp plasma ni kata ok, mcm nak sambar satu lagi sharp plasma 1.0 utk dining area.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok Alhamdulillah. No big problem, insyaAllah.

      Delete
  23. saya pun dah sambar sharp plasma 1.5 inverter. bln 9 baru nak pasang. rmh tgh reno.

    kalau review sharp plasma ni kata ok, mcm nak sambar satu lagi sharp plasma 1.0 utk dining area.

    ReplyDelete
  24. faz, brapa harga sharp 1.0 masa awak beli tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya, ada bagitau kat atas tu, rm1790.

      Btw, Thanks for sharing here Suria.

      Delete
  25. faz, brapa harga sharp 1.0 masa awak beli tu?

    ReplyDelete
  26. Pakai 1.5hp, sharp r32, x sejuk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yke ala yke .kte teknologi gas plig latest kn r32.xok ke .

      Delete
  27. Salam, saya baru survey aircond. Promoter rekemen Sharp Jtech plasma cluster jgak, pilihan kedua daikin. Adakah ok Sharp? Tahun 2024 dah ni, harap dpt la bagitau😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm Lisa, saya pun ada guna Daikin, tapi ye lah mungkin satu dlm seribu atau dalam seratus tak tahu lah, aircond Daikin saya punya compressor cepat rosak banding sharp. Tapi dah ganti dah lah, panggil org service Dan Masih warranty. Sharp plasma yang saya beli ni kena maintain cuci dan cek gas. Setakat ni alhamdulillah Masih okey.

      Delete