Friday, March 13, 2015

Sale di One Utama 11/3- 12/3 2015

Salam readers,

Semalam aku bertungkus lumus mencari apa yang patut sementara tengah sale (Jcard Day) kat Aeon One Utama. Yang paling aku cari ketika sale adalah cadar brand Jean Perry. Aku pernah beli dulu, ketika sale juga, harga 700 jadi 200, so aku rembat masa tu, just to try the brand, lagi pun selalu beli cadar harga biasa ni bila baring jadi miang la, panas la..so uncomfortable la. So alkisahnya cadar yang dulu aku beli tu mmg berbaloi sbb sangat selesa, sejuk dan nyaman. Selepas dari tu i am looking forward utk beli Jean Perry juga kalau ada sale lagi. Tapi brand tu susah nak sale plus aku pun sibuk tak sempat nak tengok tengok sale apa, dimana dan sebagainya. 

Semalam (berbalik citer asal) aku tengok kat One Utama Aeon dia punya sale gila gila orang dok beli. Most nya chinese la. Dan ada beberapa Melayu yang borong habis sumer baju anak dia beli sbb discount sampai 70% brand pooney, polo.. Aku beli jugak, 2 Kiko pyjamas utk Danish dan Tshirt utk Darwisy. Setiap bulan aku nekad mesti ada 2 at least baju anak aku beli, Kesian kalau pakai yang dah koyak koyak (experience lah.). Next month aku plan nak beli baju jalan diaorang pulak plus baju melayu. Memang x kesampaian lagi. Darwisy cepat dah tak muat baju melayu tahun lepas..ye lah baju pun sepasang aje. Adik Danish lagi la. Kalau majlis apa apa mmg anak aku x de baju yang sesuai. Tak apa, next plan pulak. 

Berbalik kepada cerita Jean Perry tadi, elok aku nak gi amik trolley, ada mcm ramai org berkerumun kat tempat bedsheet dan trolley masing masing penuh dgn bantal, quilt dan bedsheet banyak..ada yang lima, ada yang tinggi menggunung punya rembat. Semua chinese. Melayu tak ada la aku nampak. Aku kunun jalan maco kat kawasan tu tengok tengok, idak ler berhajat nak membeli walaupun aku keperluan sangat bedsheet baru..aku tahu brand tu mahal sangat..idak ler aku mampu. Ada duit pun dua ratus je dlm tangan.saje malas nak draw lebih, satgi abeh. cadangnya nak beli baju untuk newborn baby aku ni, buat preparation, alang alang sale dan beli seluar jeans untuk pregnancy. Tak lalu dah aku nak pakai jubah. Next week nak gi Legoland, mampukah aku berjalan dengan jubah jubah itewww..oh nooo... mmg mama ganaz ni tak tergamak untuk membayangkan. 

Nak dijadikan cerita masa jalan maco melihat lihat bedsheet tu, ade sorang staff Jean Perry ni dia promo kat aku satu Queen bedsheet material lebih baik dari cotton, diperbuat dari kayu kayan dan kapas terbaik, quality macam sateen. (Maybe design sekarang ni camtu kot..aku dah lebih 7 years tak beli cadar). Harga dari RM350 jadi 174.50, half price, dan satu lagi RM390 jadi RM244 sbb quality dia lain katanya, lagi baik, dua-dua lebih 800 thread count.  Aku sebenarnya tak pernah tau la bab bab quality baik ke tak baik ni, yang aku tau, cotton la bagus sebab sejuk. Tapi aku beli jugak dua dua tu sebab aku rasa tak rugi beli Jean Perry, tu je.  

Selepas membayar apa yang patut, aku balik dan pasang terus kat katil, satu set untuk bilik Darwisy, satu untuk bilik aku. Masa pasang tu aku dah rasa marvellouusssss kau...sebab bedsheet dia besar sampai boleh cover penuh tilam 1 1/2 aku (sblm ni x tercover), bantal pun aku beli yang baru jugak, sebab dari harga seratus lebih jadik 30 hengget satu. Aku pun takde bantal yang best. Bertahun dah..So,cover bantal dia pun marvelloussssssss..besar dan siap ada renda tepi..aduiiihhhhhhhhh..aku beli warna purple gelap, mmg cantekkkk, Darwisy punya warna biru. Kemudian aku terlupa pasal quilt..tak ada!!!. So patah balik gi one utama, sekalik beli jeans abang 5 lai,jeans aku 2 lai , beli quilt and quilt cover sekali. Cadar purple aku padankan dengan quilt cover warna Gold, masa tu diorang tengah lelong lagi.. aku beli semua set Jean Perry, quilt RM80 harga asal dekat RM200 aku rasa, quilt cover dari RM228 jadi RM 114..so aku beli dua set untuk Darwisy sekali. Biru dia aku padankan dengan hijau nak ke kelabu skek.. Balik terus bibik pasang...puas hati, memang sejuk dan very comfortable..buat pertama kalinya Darwisy tido dalam bilik sendiri dengan senang hati dan amat selesa. Haaaaa....

Alhamdulillah bersyukur sangat..harap abang balik today dengan surprisenya tengok cadar baru ..hakhakhak..Hajat hati biarlah dapat gembirakan dia dengan suasana bilik baru..tapi pakai duit dia..erkkk.(jangan aku kena marah sudahhh laaaaaaa..sebab guna duit banyak kali nih..mmmmm..sigh..)

3 comments:

  1. 4-6 Hb Disember ni ada jualan gudang Jean Perry / Novelle di Nilai...arab Industrial park yer..Just cari sleep Focus..Dtglah..harga jauh lagi murah...

    ReplyDelete
  2. Wah..bagus bagus. Tq for ur info. Arab industrial park kat mana. Anyway insyaAllah ingat nak ke sana juga nnti.

    ReplyDelete
  3. Wah..bagus bagus. Tq for ur info. Arab industrial park kat mana. Anyway insyaAllah ingat nak ke sana juga nnti.

    ReplyDelete