Sunday, July 12, 2015

Aufa Husna

Aufa, itulah panggilan untuk anakku, lahir 3.53kg, 9.48 pagi 11 june 2015. Semalam genap aufa 30 hari, satu bulan sudah anakku ni. Muka pun dah bulat, badan pun dah kuat, kaki dah pejal. Alhamdulillah..of course she is a girl. Dia lahir mata tak sepet mcm abang-abangnya. Matanya bulat. senyumnya pun cantik. Nama yg aku beri Aufa, ayahnya tambah Husna bermaksud 'yang setia cantik'.

Siang 10hb june tu aku dah ada contraction tapi x kerap, dan aku dpt agak 1 jam sekali. Dlm hati ku, sikit lagi mungkin nak bersalin..maybe sempat tunggu abang balik 12 june sebab tak sakit sangat lagi. Menjelang malam aku terasa sakit semakin kerap, tapi masih ok lagi boleh melayan Danish tido, tapi aku standby bagi bibik tido sekali dgn Danish, risau takut aku tak mampu handle tetiba nanti. Jam 2 lebih Danish bangun nk susu, mmg itulah rutin dia kalau mlm. so itu jugalah rutin aku sejak danish tdo ngan aku dlm bilik. Alhamdulillah, rutin tu buat aku kuat, setiap hari seperti auto tak leh tido jam 2 lebih, risaukan anak. Selepas settelkn Danish, aku macam nk tidovsemula tapi ada contraction, kali ni sakit sikit, dan aku kira dah 30 minit sekali. Aku tunggu lagi..jam 3 pagi tu dah makin kerap 10 minit sekali. cepat jugak progress dia..dlm hati aku, aku kena pegi hospital ni sebab kalau aku lambat maunya bersalin kat rumah, atau bersalin dlm kereta. So aku bergegas siapkan diri, minum coklat utk tenaga, dan itulah bekalan terakhir aku melahirkan Aufa. Sampai hospital putrajaya dlm jam 4 pagi, nurse check semua baru 2cm, so dia tggu lama sikit. Jam 7 pagi dua check lagi, aku dah 4cm, pecah ketuban dan aku terus masuk labour room. Masih boleh berjalan lagi.. terketek-ketek aku, sbb darah dah mula mengalir. Naik je atas katil, contraction makin kerap, aku tak nak rasa sakit sebenarnya, sbb aku tau akan sangat sakit lepas ni nanti, so aku mintak epidural awal-awal. Malangnya doktor epidural x sampai lagi, so aku kena tunggu lagi. Jam 8 pagi, misi masuk katanya doktor epidural mungkin lambat dan dia juga tak suggest aku guna epidural, sebb dia kata progress cepat sangat, takut masuk je epidural, dah kena meneran dah. Aku tak pedulik, nak jugak epidural. 9 pagi lebih kurang, bukaan dah 6cm, mmg comfirm, misi kata dah tak boleh amik epidural. Gilak..aku mcn panik..cemane aku nak tahan sakit ni..Aku tak pernah tak amik epidural beranak 2 org yg sebelum ni. Dan aku tak boleh imagine, boleh kah aku bertahan. Allah Maha Kuasa, mungkin nak bagi hilang segala dosa aku, mmg sakit bersalin tak tertanggung rasanya..mengerekot aku kiri dan kanan, wpun misi soh pakai penutup gas, mungkin gas pelali kot, sebab kalo sedut banyak banyak rasa kebas dan ngantuk. Aku punya takut, rasa sakit tak datang lagi aku dah sedut habis habis, sampai bengkak mata, pastu kena marah dengan misi. Misi tak bagi sedut sampai kebas, katanya nanti tak rasa nak teran, kang ngantuk kang cemane nak push baby. Mmm..aku ikut je cakap misi, tapi walaupun sedut gas itew, sakitnya terasa. Memanglah..tak boleh nak elak dah..

Lepas dr. dtg cek 8cm dlm 9.30, aku mcm lega sikit sebab 2cm  more to go. Aku tahan lagi, then yaj tahu bila masa plak ramai dr. dan misi masuk..dr. dah soh push. Dah 10cm ke? aku tanya doktor..doktor kata ye, sikit lagi..bila bila masa shj. Aku pun push 2x tak kuar lagi, kali ketiga tu aku push sekuat hati, ini last aku kata dlm hati, sbb aku dah tak ada tenaga dah..masa tu aku terdengar misi misi kata "ish kuat kakak ni.."Pastu terasa ada sesuatu keluar, beserta dengan ada liquid mengalir banyak sangat. kemudian, dup! Ada sesuatu mereka letak kat perut aku. Aku bukak mata..Baby! Aku jerit kat situ, tengok aufa penuh darah dgn misi sedut something kat mulut dia, bila dia dah nangis sikit, misi terus angkat dia nak bawak gi mana ntah. Masa tu lah aku baru nampak jantina anak aku. Perempuan! Aku jerit lagi .Alhamdulillah..aku kata.Dr, misi sumer terkejut..agaknya dia pk dah tak larat pun masih semangat lagi..kihkihkih..

Itulah story kelahiran Aufa Husna. Alhamdulillah, syukur sgt dia sihat. Cuma kuning je lama sikit, harini baru nampak dah okey. Hopefully ujian darah sumer ok. Doakan Aufa.

No comments:

Post a Comment