Assalamualaikum my readers. Hari ini tergerak hati nak kongsi macamana buat passembor style aku sendiri yang memang tak berapa passembor la kan sebab banyak ingredient aku eliminate. Cuma nak bagitahu passembor aku buat ni ikut selera aku dan anak-anak. Dan..aku rasa macam menyihatkan la. Of course kalau ikut diet memangla tidak sepenuhnya sebab kuah kacang passembor ni..so kacang kan berminyak..tapi tak apa la kekacang kan bagus hihi..sekali sekala je..cuma aku tak buat dia punya cucur dia je. Walaupun begitu passembor aku habis dimakan..sebab konsep aku adalah..kuah nya kena sedap..isi dalam dia bolehla letak sayur ape pun dia jadi macam rojak yg sedap juga. Dan satu lagi juga dia tak pedas, so sesuai untuk anak anak jadikan makan petang atau pagi.
RESEPI PASSEMBOR STYLE FAZ:
Bahan-bahan A:
1. Kacang tanah - 1 cawan
-Goreng tanpa minyak dan buangkan
kulit
2. Ubi Keledek oren - 2 cawan
-potong kecil
3. Bawang besar saiz sederhana - 1 biji
-sangaikan atas kuali bekas kacang tadi
4. Bawang putih - 2 ulas
- sangaikan sekali dengan bawang besar
Bahan B
1. 1/2 cawan Gula Merah (tak cairkan pun tak apa)
2. Asam jawa (1 sudu besar)
Cara memasak :
1. Kisar semua bahan A yang telah di sediakan.
2. Panaskan kuali dan tak perlu minyak
3. Tuangkan bahan kisar dan gaulkan
selama 3 minit
4. Campurkan air asam jawa. Gaul.
5. Masukkan gula melaka/gula merah
6. Gaul semua dan letakkan sedikit garam
Last sekali RASA. Kalau suka manis lagi..tambah gula merah..kalau suka masin tambah garam..kalau nak pekat lagi..tambah ubi keledek..so far yang aku buat tak perlu tambah pewarna oren sebab keledek tu dah meng'oren'kan.
Take note that resepi asalnya adalah menggunakan udang kering dan sedikit cili untuk rasa pedas. Tetapi disebabkan Darwisy allergic udang so aku tak letak..dan cili of course no no la.
Bahan untuk dirojakkan (hihi)
1.Sengkuang (aku suka walaupun resepi
asal tak ada)
- potong panjang
2. Timun - potong panjang
3. Taugeh - (aku suka sebab jenis sayur
karbo rendah)
4. Tauhu goreng - beli kat tesco
5. Mee kuning - letak sikit sahaja
6. Telur rebus - belah dua
Ok cuba lihat. Tak ada cucur ya. Sayur semuanya.Dan minyak extra tak ada selain dari minyak kacang itu sendiri itu pun badan yang akan proses jadi minyak tu.
So aku rasa passembor aku tidak menggemukkan, dan boleh ulang makan berkali-kali satu hari (dengan syarat kena buat banyak la..resepi ni untuk 4 orang mkn je ye.)
Bai
Friday, March 31, 2017
Thursday, March 30, 2017
Susu Farm Fresh dan Gula Melaka
Salam myblog. Lama juga aku tak menulis. Hari ni nak share tentang susu segar farm fresh yang sangat sedap bila dicmpur dengan air gula melaka. Rasanya..wallaaa..
Asalnya ada jiran jual kurma milk farm fresh..katanya susah nak dapat jadinya dia beli stok banyak kut kut ade orang nak beli juga. Aku beli untuk cuba srbab sebenarnya selama ni aku minum susu HL low fat. Sebenarnya aku bukan jenis yang suka minum susu. Memang muntah la kalau minum. Terjumpa susu HL tu sebab cuba cari solution untuk minum susu juga sebab tau memang kena ambil susu untuk seimbangkan nutrien dalam badan terutama bila dah mengandung anak pertama. Terasa -rasa sakit tulang menyucuk-nyucuk.
Berbalik kepada cerita tadi, kali pertama rasa kurma milk tu Subhanallah sedapnyaaa...susu ni !!! Then aku cuba amati rasa dia incase aku tak dapat beli lagi. Aku cuba cari di pasaraya dekat sini tapi tak berhasil. So ending nya terhasil la idea campurkan susu segar demgan gula melaka. Well..rasanya tak jauh berubah cuma kurma milk ada bau wangi sikit (sebab kurma kan).
Tapi not bad. Aku sangat suka susu segar farm fresh ! Recommended Strongly!

Subscribe to:
Posts (Atom)