Friday, March 31, 2017

Resepi Passembor Faz

Assalamualaikum my readers. Hari ini tergerak hati nak kongsi macamana buat passembor style aku sendiri yang memang tak berapa passembor la kan sebab banyak ingredient aku eliminate. Cuma nak bagitahu passembor aku buat ni ikut selera aku dan anak-anak. Dan..aku rasa macam menyihatkan la. Of course kalau ikut diet memangla tidak sepenuhnya sebab kuah kacang passembor ni..so kacang kan berminyak..tapi tak apa la kekacang kan bagus hihi..sekali sekala je..cuma aku tak buat dia punya cucur dia je. Walaupun begitu passembor aku habis dimakan..sebab konsep aku adalah..kuah nya kena sedap..isi dalam dia bolehla letak sayur ape pun dia jadi macam rojak yg sedap juga. Dan satu lagi juga dia tak pedas, so sesuai untuk anak anak jadikan makan petang atau pagi.

RESEPI PASSEMBOR STYLE FAZ:
Bahan-bahan A:
1. Kacang tanah -  1 cawan
       -Goreng tanpa minyak dan buangkan
         kulit
2. Ubi Keledek oren - 2 cawan
      -potong kecil
3. Bawang besar saiz sederhana - 1 biji
      -sangaikan atas kuali bekas kacang tadi
4. Bawang putih - 2 ulas
      - sangaikan sekali dengan bawang besar

Bahan B
1. 1/2 cawan Gula Merah (tak cairkan pun tak apa)
2. Asam jawa (1 sudu besar)

Cara memasak :
1. Kisar semua bahan A yang telah di sediakan.
2. Panaskan kuali dan tak perlu minyak
3. Tuangkan bahan kisar dan gaulkan
    selama 3 minit
4. Campurkan air asam jawa. Gaul.
5. Masukkan gula melaka/gula merah
6. Gaul semua dan letakkan sedikit garam

Last sekali RASA. Kalau suka manis lagi..tambah gula merah..kalau suka masin tambah garam..kalau nak pekat lagi..tambah ubi keledek..so far yang aku buat tak perlu tambah pewarna oren sebab keledek tu dah meng'oren'kan.

Take note that resepi asalnya adalah menggunakan udang kering dan sedikit cili untuk rasa pedas. Tetapi disebabkan Darwisy allergic udang so aku tak letak..dan cili of course no no la.

Bahan untuk dirojakkan (hihi)
1.Sengkuang (aku suka walaupun resepi
   asal tak ada)
        - potong panjang
2. Timun   - potong panjang
3. Taugeh  - (aku suka sebab jenis sayur
    karbo rendah)
4. Tauhu goreng  - beli kat tesco
5. Mee kuning  - letak sikit sahaja
6. Telur rebus - belah dua

Ok cuba lihat. Tak ada cucur ya. Sayur semuanya.Dan minyak extra tak ada selain dari minyak kacang itu sendiri itu pun badan yang akan proses jadi minyak tu.
So aku rasa passembor aku tidak menggemukkan, dan boleh ulang makan berkali-kali satu hari (dengan syarat kena buat banyak la..resepi ni untuk 4 orang mkn je ye.)

Bai

No comments:

Post a Comment