Memandangkan aku asyik tercari-cari screenshot resepi yang ambil dari sebuah blog, aku rasa patut aku letakkan kat sini supaya senang untuk buat rujukan.Sumber resepinya aku tak ingat dari blog mana(nanti cari balik) tapi namanya yatie. Cuma aku ubah suai sikit dia punya ingredient sebab cookies ni aku tak berapa suka kalau manis sangat. So aku kurangkan kuantiti gula. Aku sempat la jual cookies ni dalam 10 balang besar dan beberapa balang kecil. Memandangkan aku tak berapa sempat untuk buat marketing, setakat itu sahaja lah pembelinya..hehehe..Coklat cip ni aku bercadang nak buat gift kenduri kahwin adik ipar aku nanti bulan 12.InsyaAllah kalau panjang umur akak.
RESEPI CHOCOLATE CHIPS
1. 1 CUP MINYAK (CORN OIL)
2. 1 CUP BUTTER (BUTTERCUP)
3. 1 biji telur size besar
4. 1 cup +2 sudu besar Gula perang
(untuk jual haritu aku guna gula merah, dia susah sikit nak melt tapi masa bakar dia akan cair sendiri. Gula merah lebih sedap)
5. 1 tbsp susu segar
6. 1 sudu kecil Vanilla essence
Gaul semua sampai sebati
Butter tu kena biarkan dalam suhu bilik supaya senang nak gaul dengan whisk. kalau tak sempat, boleh guna mixer bagi dia sebati,sebab kalau pakai whisk gaul butter yang masih keras keluar dari peti sejuk, susah sikit nak bagi dia melt.
7. 4 Cup tepung gandum
8. 1 sudu kecil baking powder
9. 1 sudu kecil cream of tartar
10. 1/2 Cup badam yg dah disangai
11. 2 cup choc chips semi sweet atau dark choc pun ok
Gaul semua sampai rata. (Campur satu sudu besar tepun gandum untuk bagi cookies keras sikit. )
Sudukan campuran tadi dalam plastk piping. Sebelum tu, potong hujung plastik dalam 1.5 inci ukuran dari bawah.
Tekan acuan tadi di atas dulang yang dah di sapu butter. Buat bulat dan tekan tekan bagi dia leper sikit.
Bakar suhu 180 degree selama 15 minit
Selamat makan cookies.! Kesedapannya mengalahkan famos amos ya! (kalau guna gula merah lah ye. cuma gula merah ni dia berpasir sikit.Tengah cari cara macamana nak buangkan pasir dia.kalau ada yang tahu boleh share ye. tq)
Thursday, July 27, 2017
RESEPI ROTI YANG SANGAT LEMBUT
Hari ini terasa nak note kan resepi roti lembut yang dapat dari youtube. Aku banyak dah mencuba pelbagai resepi roti yang dapat dari internet tapi tak selembut yang ini. Dengan tertera nya resepi ini disini, harap dapatlah menjadi rujukan aku di kemudian hari.
1. Air (120ml) -Masuk terus dalam bowl)
2. Yis (1 tsp)
3. Gula (3 tsp)
4. Garam( 3/4 tsp)
5. Susu Tepung (4 tbsp)
Gaul semua
6. Telur (saiz besar)
Gaul sekali dengan yang atas tadi
7. Tepung roti (250g)
Gaul
Masa nak uli doh, baru tambah :-
8. Butter (42g) - buttercup aku tak cukup so aku tambah sikit shortening untuk cukupkan 42g
Then perapkan 1 hour.
Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita kehendaki. Bentukkan doh ikut suka. Perap sekejap 10 minit. Then buat egg wash.
Bakar dalam oven 175 degree selama 20 minit.
Roti nya sangat lembut dan menjadi kali ni macam kat kedai. Malangnya dah tinggal 3 ketul baru terinspirasi nak menulis. Takpe nanti kalau aku buat lagi boleh post sini.
Nanti nak buat pizza pulak.
Okey. semoga bermanfaat.
1. Air (120ml) -Masuk terus dalam bowl)
2. Yis (1 tsp)
3. Gula (3 tsp)
4. Garam( 3/4 tsp)
5. Susu Tepung (4 tbsp)
Gaul semua
6. Telur (saiz besar)
Gaul sekali dengan yang atas tadi
7. Tepung roti (250g)
Gaul
Masa nak uli doh, baru tambah :-
8. Butter (42g) - buttercup aku tak cukup so aku tambah sikit shortening untuk cukupkan 42g
Then perapkan 1 hour.
Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita kehendaki. Bentukkan doh ikut suka. Perap sekejap 10 minit. Then buat egg wash.
Bakar dalam oven 175 degree selama 20 minit.
Roti nya sangat lembut dan menjadi kali ni macam kat kedai. Malangnya dah tinggal 3 ketul baru terinspirasi nak menulis. Takpe nanti kalau aku buat lagi boleh post sini.
Nanti nak buat pizza pulak.
Okey. semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)