Thursday, July 27, 2017

RESEPI ROTI YANG SANGAT LEMBUT

Hari ini terasa nak note kan resepi roti lembut yang dapat dari youtube. Aku banyak dah mencuba pelbagai resepi roti yang dapat dari internet tapi tak selembut yang ini. Dengan tertera nya resepi ini disini, harap dapatlah menjadi rujukan aku di kemudian hari.

1. Air (120ml) -Masuk terus dalam bowl)
2. Yis (1 tsp)
3. Gula (3 tsp)
4. Garam( 3/4 tsp)
5. Susu Tepung (4 tbsp)

Gaul semua

6. Telur (saiz besar)

Gaul sekali dengan yang atas tadi

7. Tepung roti (250g)

Gaul

Masa nak uli doh, baru tambah :-

8. Butter (42g) - buttercup aku tak cukup so aku tambah sikit shortening untuk cukupkan 42g

Then perapkan 1 hour.
Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita kehendaki. Bentukkan doh ikut suka. Perap sekejap 10 minit. Then buat egg wash.
Bakar dalam oven 175 degree selama 20 minit.

Roti nya sangat lembut dan menjadi kali ni macam kat kedai. Malangnya dah tinggal 3 ketul baru terinspirasi nak menulis. Takpe nanti kalau aku buat lagi boleh post sini.

Nanti nak buat pizza pulak.
Okey. semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment