Friday, August 25, 2017

SEHARI SELEMBAR BENANG

Assalamualaikum
Journey untuk menghabiskan master aku tinggal satu semester lagi. Sekarang semester break, so aku kena menghabiskan project sebelum semester bermula, sebab masih ada satu subject yang belum ambil lagi. Kalau boleh habiskan project ni ketika semester break ni maka boleh lah aku fokus kepada subject baru tu nanti. By the way, memandangkan aku sekarang tengah buat simulation menggunakan software MATLAB, maka tak salah aku rasa aku kongsi kan bagaimana ingin bermula dengan software ini. Orang kata sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Sehari kongsikan satu ilmu untuk orang lain, mana tahu satu hari boleh jadi buku-- (dah kesitu pulakkk..ngeh ngeh ngeh..)

Baiklah. KakFaz(tukar bahasa diri untuk lebih sedap membaca) bermula dengan MATLAB rasanya sejak bekerja di Telekom Malaysia, ketika itu KakFaz kena buat simulation untuk image processing. Satu perkara yang pasti ialah kita perlu ada sekurang-kurangnya asas dalam pengaturcaraan  untuk kita lebih faham bagaimana menggunakan MATLAB.Walaubagaimanapun, KakFaz cuba kongsikan dengan cara yang mudah di fahami ya.

Perkara pertama kita perlu ada untuk belajar tentang sesuatu software adalah dengan meng install software tersebut di laptop sendiri. Tentang di mana nak dapatkan software tu kena google lah ye.Lain versi lain feature dia tapi basic feature dia tetap sama. MATLAB yang akak guna version R2013b.

Front Screen  MATLAB
Kalau lihat kat dalam screenshot tu, ada workspace window dan command window. Workspace window untuk kita lihat nilai variable yang kita dah guna dalam program, command window untuk kita bagi arahan pada MATLAB dan lihat jika ada error dalam program kita. Ok, fine kalau tak berapa faham lagi. Apa pun kita mula dengan command window sahaja dulu, seperti window di bawah.

Command Window
Lihat disebelah kiri sekali, ada button new dan tanda +, click di situ untuk kita buka file pertama ( .m), save file tersebut dengan apa-apa nama, dan MATLAB akan automatik save dalam format .m .

Tulis di dalam file tersebut :-

A = 4 ;
B = 5;
C = A + B;

fprintf ('Nilai C  adalah  %f  \n', C );

Tekan run (yang ada button gambar macam play), dan lihat result nya di command window.

Note :
1. Taip clc untuk clearkan semula command window (clean)
2. Tekan button clear workspace untuk clean kan workspace anda.

SELAMAT MENCUBA😄

No comments:

Post a Comment