Thursday, August 30, 2018

HAJI dari Riyadh - Part 1

Assalamualaikum bloggers,
Dah lama rasanya tak menulis kat sini, hari ni terasa nak share satu perkara tentang haji. Since dapat iqama untuk stay di Riyadh, aku dah google cara-cara buat haji dari Riyadh. Tapi unfortunately, tak dpt info mcmana flow dia. Yang aku tahu, buat haji dari bumi Saudi sendiri berbeza dari Malaysia. Sehinggalah kursus haji dengan ustad Dr. Hassan Abdul Kadir, yang handle pakej haji dari Embassy Malaysia di Riyadh. Penerangan dia memang jelas, dan aku nak share kat sini untuk sesiapa yang nak buat haji dari Riyadh.

Mengikut ustad Hassan, yang paling utama sekali bila buat haji adalah kena ikut cara nabi buat haji. Dan dia ambil dari satu kitab lama tulisan bahasa arab tentang bagaimana nabi buat haji. Kemudian kena tahu rukun haji, wajib haji, dan waktu-waktu untuk laksanakan manasik (tatacara) haji tersebut.

Haji ada tiga cara, Haji Ifrad (buat haji sahaja), Haji Tamattuk(Umrah dulu kemudian haji) dan Haji Qiran (haji dan umrah serentak). Haji Ifrad sahaja yang tak perlu bayar dam, manakala yang lain perlu bayar dam. Dari Riyadh, kami buat Haji Ifrad. Ada juga sesetengahnya (tapi tak ikut group ustad hassan) yang buat haji Qiran. Ustad kata,mana-mana pun tak ada masalah, ikut mana yang kita suka. Cuma kami buat haji ifrad sebab tak perlu tambah duit utk bayar dam,dan dia percaya semua yang duduk di Riyadh pernah sekurang-kurangnya sekali buat umrah atau akan buat umrah juga nanti selepas haji-bila bila masa.

Rukun haji ada 6 perkara, 1) Niat Ihram 2) Wuquf di Arafah 3)Tawaf Ifadhah 4) Saie Haji 5)Tahallul 6) Tertib.  Wajib haji pula ada 6 iaitu 1) Niat di Miqat 2) Meninggalkan perkara larangan ihram 3)Mabit di Mudzalifah 4) Melontar jamrah Aqabah 5)Bermalam di mina pada 11/12/13 zulhijjah 6) Melontar hari tasyreeq. Apa beza rukun dan wajib haji? Rukun adalah apabila kita tak buat, tak jadi haji kita..wajib haji adalah bila kita tak buat, masih sah haji kita, cuma kena gantikan dengan yang lain, seperti korban kambing atau unta, atau berpuasa 10 hari (3 hari di mekah, dan 7 hari lagi selepas balik ke tanahair) - namanya dam.

Dari Riyadh kami bertolak ke Mekah dengan naik bas..perjalanan dalam 10 jam lebih sebab ada berhenti solat dan makan, toilet dsb. Berhenti di Taif (Qarnul Manazil) untuk niat haji. Labbaikallahumma hajjan - niat yang ustad ajar. Kemudian melepasi beberapa checkpoint ( setiap yang masuk ke Mekah tentera saudi akan check, setiap nama, iqama, tasreeh -kebenaran buat haji) walaupun dari tanah saudi sendiri. Kemudian dalam satu jam lebih kami sampai di kawasan yang ramai jemaah haji berjalan kaki. Rupanya kena naik bas di sini untuk ke masjidil haram. Bayaran bas rm 15 pergi balik..Selepas bayar dan dapatkan tiket, maka naiklah bas mana-mana yang kita suka sebab semuanya akan ke masjidil haram. Maka merasalah ahkak naik bas awam di Mekah. hihi..Nama tempat tu kuday. So bas ni akan park di satu kawasan bas jugak, tapi dekat dah dgn haram, hanya dalam 500m(kurang lagi) jalan kaki. Masa masuk tu kena niat terus nak pegi buat Tawaf Qudum dan Saie Haji (lepas saie haji jangan tahallul ye, ini bukan umrah..) Ustad dah pesan siap-siap. Tawaf Qudum ni sunat tapi ia macam kena buat bila kita nak buat haji Ifrad. Cuma kalau waktu tu, kita dalam haid, jadi tak perlu buat lah tawaf qudum sebab ia tak menjejaskan haji kita pun. Kiranya kalau period masa tu sila lah berlegar di tempat shopping menara jam tu ye sehingga waktu berkumpul di bas yang telah ditetapkan. Masa balik ke bas tu pun pilih la mana-mana bas yang berkenan sebab semua bas pun akan pegi balik ke kuday tu. Sebelum ke bas tu kami singgah sarapan kat dDiSaji dulu, tapi kena ingat ye, masa ni tengah dalam ihram, jadi jangan tak pepasal pegi cium minyak wangi(dalam ihram tak boleh pakai atau sengaja terkena kan wangian nanti kena bayar dam rm 500-banyak ooohh) kat kedai-kedai bawah tu dan kena sentiasa beringat.

Kami bertolak ke Mina sebab penginapan kami di Mina..kalau dari Malaysia penginapan mereka di Mekah, dekat Haram. 8 Zulhijjah, sunat berada di Mina untuk hari Tarwiyah. So 7 Zulhijjah tu kami sampai dalam 10 pagi, ada masa berehat sehingga esoknya. Pada 8 Zulhijjah petang, kami dah bersiap untuk ke Arafah, sebab jadual yang diberi oleh muasasah arab saudi dalam jam 8 mlm. Alkisahnya ketika itu kejadian ribut pasir dan taufan yang sangat kuat, tak tau dari mana datangnya so jadual ke Arafah tertunda sehingga ribut reda. Khemah tempat kami duduk tu bergoyang kuat bumbungnya kena tiup angin. Pasir hitam bersepah depan pintu. Memang ribut sungguh..nak pegi bilik air pun macam ketakutan sebab takut ada benda-benda tercabut ke melayang ke terkena kita, habis..tapi kalau dah nak tekucil tu tawakkal je la kan...

No comments:

Post a Comment