Sunday, September 24, 2017

Shizens, Bio-Essence Gold Water and TANAKA WHITE

Assalamualaikum blogs;
It has been a while, memang rasa tak ada apa yang penting untuk update. But anyhow, lately telah ada satu ilmu baru yang rasanya kalau tulis di sini memang panjang lebar. Latey i am searching about a good skincare products sold in Malaysia, to be used by me, an oily and acne prone skin type person.

Sejarahnya, zaman muda dulu memang aku jarang menggunakan skincare. Pernah menggunakan Citra Ayu dulu untuk merawat masalah jerawat aku, tapi muka putih , jerawat still ade. But anyhow putih tu pun sebab bleeching sebab dia ada belerang. Aku tak ada knowlede tentang skincare masa tu, then apa yang orang suggest of course aku cuba. But then, muka terasa pedih bilamana keluar outside kena matahari, sampai kena payung muka baru boleh berjalan. Nak menangis rasanya, sebab pedih sangat. Lama-lama aku stop product tu, and muka aku jadi as normal, Melanin cover balik the damaged skin - dengan kata lainnya jadi gelap sikit (sikit aje) kulit aku. Ape pun, ia pulih sendiri sebab for long time memang aku tak pakai apa apa sejak peristiwa tu.

Kemudian bila dah nak tua ni (baru nak 40 okey) baru terfikir dan terbaca tentang pentingnya pakai skincare. So aku pernah try safi rania gold. And it was ok for my skin. Tak ada breakout atau apa-apa yang tak bagus. Cumanya parut aku tetap begitu juga. Skin pun tak adalah sekata. ( Masalah aku adalah, belakang kulit yang dekat dengan telinga putih, yang depan sikit menghala ke hidung idum tu gelap sikit. So ton tak sekata la aku rasa. Tapi sebenarnya bila fikir balik, aku rasa aku sunburn because setiap hari keluar bukan pakai sunblock pun. Bare je muka. Kunun harapkan melanin, melanin makan kulit

Sehingga lately, ada satu kedai SPA di Bangi (tempat aku berurut) suggest satu product namanya Tati Skincare. Because aku memang tak pernah pakai apa-apa, start aku pakai product tu sehinggalah 7 bulan lamanya, memang ton semakin sekata, cerah dan glowing, sebab dia datang sekali dengan sunblock. It was year 2016 , but i stopped the product early this year. Kenapa? Salah satu sebab adalah aku sentiasa tertanya tanya, kenapa di bahagian bawah hidung aku warna merah (it was a small portion of skin only), dan aku tengok betul-betul di cermin, pembuluh darah dah nampak semakin clear (warna merah pembuluh darah - of course la darah kan merah cik oit - tepuk kepala). Bila aku google, katanya, kalau kulit semakin nampak pembuluh darah bermakna kawasan tu semakin nipis, dan product tu tak berapa bagus sebab dia macam peeling secara tidak sihat. By the way, yang lain - lain semua ok, jerawat pun dah clear and bibir aku pun dah tak hitam, i think it was because of the sunblock - very effective and very good one. Walaupun aku stop product tu and on off pakai, the effect was still there, tak ada jerawat keluar and still glowing. Tetapi dalam pada aku on and off tu tiba tiba ada berita tentang Tati Skincare ada merkuri, and bla bla..masuk tv dan sebagainya. And in July 2017, HSA di Singapore banned this product tak silap aku. So, aku pun terpaksa stop immediately and not using any other product. Tengah fikir-fikir tu, my mother suggest Dnars. Aku beli dan pakai sekejap, tapi teringat yang kawan aku pakai Dnars, dahi dia penuh naik jeragat, aku stop pulak Dnars, pakai tak sampai 2 minggu pun.

Okey, oleh kerana tak pakai apa-apa in the mean time aku google product ape terbaik dan adela pergi sekejap treatment Dr.Azimuth di Putrajaya , masa tu offer RM179 treatment naikkan skin (lifting) dan buang chemical di muka. It was so good, but so expensive. Because once dah pergi yang rm179 memang kena go for yang RM400 over punya, tak boleh repeat yang RM179 tu. Aku memanglah tak mampu baik aku beli skincare. Then aku pergi watson survey sendiri. Mula tu ingat nak beli Olay, tapi ternampak Bio-Essence, dan salesgirl kat situ promote bukan main lagi. So aku pun cuba Bio-Essence Gold Water, Cleanser Gold Day Cream and Night Cream. Ambik kau semua aku beli..Harga total baru RM300 over tak sampai pun 400, and boleh guna berbulan bulan lamanya.

After about two weeks pakai, aku mula mencari Shizens untuk hilangkan hitam dibibir. First time jumpa dengan Shizens di Sunway Pyramid, about 6-7 months ago tapi masa tu tak beli ape-ape walaupun hampir hampir terjebak,tapi kali ni memang aku pergi cari outlet dia di Pavillion untuk beli LipTatoo, claimed to reduce the dark lips (tapi unfortunately it doesn't work for me- very sad). Well, oleh kerana aku ni wanita yang memang suka jugakla kecantikkan, terpengaruh lagi kali ni so aku terbeli Shizen Time Resistance Essence, Foundation and of course Lipstik LipTatoo..Harganya? Nanti google la sendiri ya because kan..aku macam geleng kepala sekarang ni kenapalaaaa aku beli masa tu. Effect dia? well, Essence dia very good, cuma aku tak mampu continue. Parut besar kawah kat muka aku ni dah mula ada isinya ..dengan kata lain, ke'kawah'an itu semakin kurang, sebab dia ada CERAMIDA 3, satu essence yang bagus untuk repair kulit, no wonder harga dia memang sangat merabakkan poket. But anyhow, sekurangnya aku tahu kawah itu boleh reduce sebab ia dah sangat lama di situ, tetapi maintenancenya sangat mahal.

Okey, bila pakai Essence Shizen? ..Aku selit sekali dalam routine Bio-Essence tu (nampak macam tamak masa tu semua pun nak pakai)..But anyhow..since aku ni macam suka tukar kalau tak nampak effect, dah pakai 2 months BIO-GOLD, muka aku still tak sekata lagi - sunburn aku tetap gitu jugak walaupun hari-hari pakai daycream and Sunscreen Miracle Bio-water Bio-Essence SPF 50+ PA++. Mula-mula pakai Bio-Gold tu muka memang naik jerawat di tempat tertentu - bawah dagu, kawasan atas bibir dan dahi. Aku continue sahaja macam biasa tapi aku perasan ade banyak white head and blackhead. Aku decide berhenti Bio-Gold Water, then..well..segala - head tu clear terus. After about 1 month and half, semua masalah tadi hilang tiba-tiba and kulit aku dah serasi dengan produk. Alhamdulillah..But anyhow, bekas jerawat tu masih ada hitamnya (parut) lah kan..So,aku google lagi, dan katanya Bio-Essence Tanaka White boleh clearkan yang hitam itu. So aku mula masukkan TANAKA product dalam routine, bermula dengan BIO-WHITE TANAKA Advanced Serum (Packaging Baru). Muka aku tak ada breakout semua okey then try TANAKA WHITE Bio-Essence Night Cream and Day Cream sebab tengok offer beli satu set dapat satu set and beli siap-siap trial pack dia. Cleanser dia dok selang seli dengan BIO-GOLD punya sebab ada lagi.
Effect dia, yang hitam parut jerawat tu dah semakin pudar. Anyway, orang kata kena guna 6 months at least untuk tengok keberkesanan product tu. Apa pun, aku amat puas hati dengan TANAKA. Bau dia wangi, tak ada bau chemical, dan kesan dia pun bagus.

Sekarang ni walaupun tengah pakai TANAKA dah 2 months over, tetiba terasa nak tukar ke DerMAGS pulak...dah kenapa??

Memandangkan entry ni dah cukup panjang so aku stop sini. Nanti share lagi tentang Chemical Inside Product. Till then.

Friday, August 25, 2017

SEHARI SELEMBAR BENANG

Assalamualaikum
Journey untuk menghabiskan master aku tinggal satu semester lagi. Sekarang semester break, so aku kena menghabiskan project sebelum semester bermula, sebab masih ada satu subject yang belum ambil lagi. Kalau boleh habiskan project ni ketika semester break ni maka boleh lah aku fokus kepada subject baru tu nanti. By the way, memandangkan aku sekarang tengah buat simulation menggunakan software MATLAB, maka tak salah aku rasa aku kongsi kan bagaimana ingin bermula dengan software ini. Orang kata sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Sehari kongsikan satu ilmu untuk orang lain, mana tahu satu hari boleh jadi buku-- (dah kesitu pulakkk..ngeh ngeh ngeh..)

Baiklah. KakFaz(tukar bahasa diri untuk lebih sedap membaca) bermula dengan MATLAB rasanya sejak bekerja di Telekom Malaysia, ketika itu KakFaz kena buat simulation untuk image processing. Satu perkara yang pasti ialah kita perlu ada sekurang-kurangnya asas dalam pengaturcaraan  untuk kita lebih faham bagaimana menggunakan MATLAB.Walaubagaimanapun, KakFaz cuba kongsikan dengan cara yang mudah di fahami ya.

Perkara pertama kita perlu ada untuk belajar tentang sesuatu software adalah dengan meng install software tersebut di laptop sendiri. Tentang di mana nak dapatkan software tu kena google lah ye.Lain versi lain feature dia tapi basic feature dia tetap sama. MATLAB yang akak guna version R2013b.

Front Screen  MATLAB
Kalau lihat kat dalam screenshot tu, ada workspace window dan command window. Workspace window untuk kita lihat nilai variable yang kita dah guna dalam program, command window untuk kita bagi arahan pada MATLAB dan lihat jika ada error dalam program kita. Ok, fine kalau tak berapa faham lagi. Apa pun kita mula dengan command window sahaja dulu, seperti window di bawah.

Command Window
Lihat disebelah kiri sekali, ada button new dan tanda +, click di situ untuk kita buka file pertama ( .m), save file tersebut dengan apa-apa nama, dan MATLAB akan automatik save dalam format .m .

Tulis di dalam file tersebut :-

A = 4 ;
B = 5;
C = A + B;

fprintf ('Nilai C  adalah  %f  \n', C );

Tekan run (yang ada button gambar macam play), dan lihat result nya di command window.

Note :
1. Taip clc untuk clearkan semula command window (clean)
2. Tekan button clear workspace untuk clean kan workspace anda.

SELAMAT MENCUBA😄

Monday, August 21, 2017

KEK MOIST COKLAT LEMBUT DAN SEDAP!!

Assalamualaikum.
Setelah banyak kali mencuba resepi kek moist coklat dari internet, akhirnya aku buat kesimpulan yang sebenarnya untuk dapatkan kek coklat moist yang bagus dan memenuhi citarasa aku adalah warnanya mesti coklat kehitaman, kelembapan nya 70℅ dan of course mesti lembut dan cair di mulut. Akhirnya aku mengolah resepi dengan menggunakan coklat masakan (Dark Compound Bery'ls). Teksture kejadiannya sangat cantik dan rasa pun sedap.

Walaubagaimanapun, melalui pembacaan aku tentang coklat dan manfaat untuk kesihatan mengatakan bahawa coklat yang mempunyai lebih koko lebih baik untuk kesihatan. Aku sebenarnya ada sepeket koko powder (Bery'ls) yang memang aku guna sebelum ni untuk mencuba resepi kek coklat. So, of course untuk menggantikan coklat masakan itu boleh lah kiranya menggunakan koko powder ini, tetapi aku masakkan dulu koko powder tersebut bersama dengam secawan air dan secawan susu pekat. Hasilnya memang sangat cantik dan teksture pun lembap, sepertimana yang aku kehendaki selama ini. Memandangkan ini adalah hasil terbaik, so aku nak kongsikan resepi dan cara membuatnya. *Kredit - resepi asal dari internet tapi banyak tempat aku tengok sampai tak ingat kat mana. sorry..**

Bahan -Bahan A:-
1) 1 cup susu pekat
2) 1 cup air biasa
3) 1 cup koko powder

Panaskan air bersama susu pekat dengan api perlahan dalam saucepan. Masukkan koko powder dan gaul dengan whisk sehingga koko sebati dengan susu dan air. Biarkan seketika.

Bahan B:-
1) Telur 3 biji
2) 1 cup corn oil
3) 2 cup tepung gandum
4) 1 sudu besar baking powder
5) 1 sudu besar soda bikarbonat
6) 1 1/4 Gula Castor
7) 1 cup air panas

**Memandangkan aku just nak sikit sahaja, so aku buat separuh adunan. Jadi semua ukuran diatas dibahagi dua.

Caranya:-
Pukul telur sampai kembang guna whisk (kuantiti dia terlihat seperti berganda dan ada keluar buih), masukkan gula dan minyak dan gaul sehingga sebati dengan telur tadi.

Masukkan tepung,baking powder dan soda. Gaul sikit, kemudian masukkan Bahan A tadi (coklat yang dalam saucepan).Gaul sekejap sehingga nampak macam sebati sikit, of course campuran akan jadi likat. Masukkan secawan air panas. Gaul sehingga sebati dan hilang ketulan.

Masukkan dalam bekas yang sudah di gris dengan majerin/butter dan alas dengan kertas pembakar. Masuk dalam oven yang dah dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 180°. Bakar  selama 50 minit dengan suhu yang sama(resepi asal) tapi aku bakar 45 minit sebab bekas kecil. Kejadiannya sangat cantik, gelap, sedap dan lembut.

Terima kasih kepada pembuat resepi asal, dan resepi-resepi moist coklat yang telah dikongsi oleh blogger di internet.
Tercapai juga hasrat nak dapatkan kek moist coklat yang menepati citarasa. I love chocolate !! -Sekarang tengah cuba hasilkan minuman hot chocolate sihat citarasa terbaik(without whipping cream and less sugar of course, nanti dah dapat i will share.)--

Bye for now.



Thursday, July 27, 2017

RESEPI COKLAT CHIP SEDAP

Memandangkan aku asyik tercari-cari screenshot resepi yang ambil dari sebuah blog, aku rasa patut aku letakkan kat sini supaya senang untuk buat rujukan.Sumber resepinya aku tak ingat dari blog mana(nanti cari balik) tapi namanya yatie. Cuma aku ubah suai sikit dia punya ingredient sebab cookies ni aku tak berapa suka kalau manis sangat. So aku kurangkan kuantiti gula. Aku sempat la jual cookies ni dalam 10 balang besar dan beberapa balang kecil. Memandangkan aku tak berapa sempat untuk buat marketing, setakat itu sahaja lah pembelinya..hehehe..Coklat cip ni aku bercadang nak buat gift kenduri kahwin adik ipar aku nanti bulan 12.InsyaAllah kalau panjang umur akak.

RESEPI CHOCOLATE CHIPS

1. 1 CUP MINYAK (CORN OIL)
2. 1 CUP BUTTER (BUTTERCUP)
3. 1 biji telur size besar
4. 1 cup +2 sudu besar Gula perang
(untuk jual haritu aku guna gula merah, dia susah sikit nak melt tapi masa bakar dia akan cair sendiri. Gula merah lebih sedap)
5. 1 tbsp susu segar
6. 1 sudu kecil Vanilla essence
Gaul semua sampai sebati
Butter tu kena biarkan dalam suhu bilik supaya senang nak gaul dengan whisk. kalau tak sempat, boleh guna mixer bagi dia sebati,sebab kalau pakai whisk gaul butter yang masih keras keluar dari peti sejuk, susah sikit nak bagi dia melt.

7. 4 Cup tepung gandum
8. 1 sudu kecil baking powder
9. 1 sudu kecil cream of tartar
10. 1/2 Cup badam yg dah disangai
11. 2 cup choc chips semi sweet atau dark choc pun ok

Gaul semua sampai rata. (Campur satu sudu besar tepun gandum untuk bagi cookies keras sikit. )

Sudukan campuran tadi dalam plastk piping. Sebelum tu, potong hujung plastik dalam 1.5 inci ukuran dari bawah.
Tekan acuan tadi di atas dulang yang dah di sapu butter. Buat bulat dan tekan tekan bagi dia leper sikit.

Bakar suhu 180 degree selama 15 minit
Selamat makan cookies.! Kesedapannya mengalahkan famos amos ya! (kalau guna gula merah lah ye. cuma gula merah ni dia berpasir sikit.Tengah cari cara macamana nak buangkan pasir dia.kalau ada yang tahu boleh share ye. tq)

RESEPI ROTI YANG SANGAT LEMBUT

Hari ini terasa nak note kan resepi roti lembut yang dapat dari youtube. Aku banyak dah mencuba pelbagai resepi roti yang dapat dari internet tapi tak selembut yang ini. Dengan tertera nya resepi ini disini, harap dapatlah menjadi rujukan aku di kemudian hari.

1. Air (120ml) -Masuk terus dalam bowl)
2. Yis (1 tsp)
3. Gula (3 tsp)
4. Garam( 3/4 tsp)
5. Susu Tepung (4 tbsp)

Gaul semua

6. Telur (saiz besar)

Gaul sekali dengan yang atas tadi

7. Tepung roti (250g)

Gaul

Masa nak uli doh, baru tambah :-

8. Butter (42g) - buttercup aku tak cukup so aku tambah sikit shortening untuk cukupkan 42g

Then perapkan 1 hour.
Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita kehendaki. Bentukkan doh ikut suka. Perap sekejap 10 minit. Then buat egg wash.
Bakar dalam oven 175 degree selama 20 minit.

Roti nya sangat lembut dan menjadi kali ni macam kat kedai. Malangnya dah tinggal 3 ketul baru terinspirasi nak menulis. Takpe nanti kalau aku buat lagi boleh post sini.

Nanti nak buat pizza pulak.
Okey. semoga bermanfaat.

Friday, March 31, 2017

Resepi Passembor Faz

Assalamualaikum my readers. Hari ini tergerak hati nak kongsi macamana buat passembor style aku sendiri yang memang tak berapa passembor la kan sebab banyak ingredient aku eliminate. Cuma nak bagitahu passembor aku buat ni ikut selera aku dan anak-anak. Dan..aku rasa macam menyihatkan la. Of course kalau ikut diet memangla tidak sepenuhnya sebab kuah kacang passembor ni..so kacang kan berminyak..tapi tak apa la kekacang kan bagus hihi..sekali sekala je..cuma aku tak buat dia punya cucur dia je. Walaupun begitu passembor aku habis dimakan..sebab konsep aku adalah..kuah nya kena sedap..isi dalam dia bolehla letak sayur ape pun dia jadi macam rojak yg sedap juga. Dan satu lagi juga dia tak pedas, so sesuai untuk anak anak jadikan makan petang atau pagi.

RESEPI PASSEMBOR STYLE FAZ:
Bahan-bahan A:
1. Kacang tanah -  1 cawan
       -Goreng tanpa minyak dan buangkan
         kulit
2. Ubi Keledek oren - 2 cawan
      -potong kecil
3. Bawang besar saiz sederhana - 1 biji
      -sangaikan atas kuali bekas kacang tadi
4. Bawang putih - 2 ulas
      - sangaikan sekali dengan bawang besar

Bahan B
1. 1/2 cawan Gula Merah (tak cairkan pun tak apa)
2. Asam jawa (1 sudu besar)

Cara memasak :
1. Kisar semua bahan A yang telah di sediakan.
2. Panaskan kuali dan tak perlu minyak
3. Tuangkan bahan kisar dan gaulkan
    selama 3 minit
4. Campurkan air asam jawa. Gaul.
5. Masukkan gula melaka/gula merah
6. Gaul semua dan letakkan sedikit garam

Last sekali RASA. Kalau suka manis lagi..tambah gula merah..kalau suka masin tambah garam..kalau nak pekat lagi..tambah ubi keledek..so far yang aku buat tak perlu tambah pewarna oren sebab keledek tu dah meng'oren'kan.

Take note that resepi asalnya adalah menggunakan udang kering dan sedikit cili untuk rasa pedas. Tetapi disebabkan Darwisy allergic udang so aku tak letak..dan cili of course no no la.

Bahan untuk dirojakkan (hihi)
1.Sengkuang (aku suka walaupun resepi
   asal tak ada)
        - potong panjang
2. Timun   - potong panjang
3. Taugeh  - (aku suka sebab jenis sayur
    karbo rendah)
4. Tauhu goreng  - beli kat tesco
5. Mee kuning  - letak sikit sahaja
6. Telur rebus - belah dua

Ok cuba lihat. Tak ada cucur ya. Sayur semuanya.Dan minyak extra tak ada selain dari minyak kacang itu sendiri itu pun badan yang akan proses jadi minyak tu.
So aku rasa passembor aku tidak menggemukkan, dan boleh ulang makan berkali-kali satu hari (dengan syarat kena buat banyak la..resepi ni untuk 4 orang mkn je ye.)

Bai

Thursday, March 30, 2017

Susu Farm Fresh dan Gula Melaka

Salam myblog. Lama juga aku tak menulis. Hari ni nak share tentang susu segar farm fresh yang sangat sedap bila dicmpur dengan air gula melaka. Rasanya..wallaaa..

Asalnya ada jiran jual kurma milk farm fresh..katanya susah nak dapat jadinya dia beli stok banyak kut kut ade orang nak beli juga. Aku beli untuk cuba srbab sebenarnya selama ni aku minum susu HL low fat. Sebenarnya aku bukan jenis yang suka minum susu. Memang muntah la kalau minum. Terjumpa susu HL tu sebab cuba cari solution untuk minum susu juga sebab tau memang kena ambil susu untuk seimbangkan nutrien dalam badan terutama bila dah mengandung anak pertama. Terasa -rasa sakit tulang menyucuk-nyucuk.

Berbalik kepada cerita tadi, kali pertama rasa kurma milk tu Subhanallah sedapnyaaa...susu ni !!! Then aku cuba amati rasa dia incase aku tak dapat beli lagi. Aku cuba cari di pasaraya dekat sini tapi tak berhasil. So ending nya terhasil la idea campurkan susu segar demgan gula melaka. Well..rasanya tak jauh berubah cuma kurma milk ada bau wangi sikit (sebab kurma kan).

Tapi not bad. Aku sangat suka susu segar farm fresh ! Recommended Strongly!